e

Showing posts with label caturday. Show all posts
Showing posts with label caturday. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

Gelagat Kucing Di Pasar.. Pelaris Ke Apa Ni?

Assalamualaikum readers..

Siapa pernah terjumpa situasi macam ni bila ke pasar malam atau pasar tani untuk membeli barang-barang basah untuk keperluan dapur? Kalau jumpa, apa tindakan korang? Kalau Zam lah, Zam akan beli barang kat gerai yang ada kucing tu.. Ntah lah kenapa... Mungkin sebab suka kucing, & satu lagi mungkin nak support peniaga tu sebab mungkin tu kucing dia, atau kucing liar yang datang singgah tapi peniaga tu tak marah.. Haha


Saturday, March 5, 2016

Kucing Caracal

Assalamualaikum readers.

Buat pecinta kucing, mungkin ada juga yang inginkan kucing yang eksotik dan lain dari yang lain. Yang terkini, rasanya ramai yang sudah tertarik dengan keunikan kucing Carcal.

Untuk makluman readers, kucing Caracal (nama saintifik caracal caracal), sejenis spesis wild cat yang kebiasaanya mendiami kawasan berbatu dan gurun di negara seperti Afrika, beberapa negara Asia yang terletak di barat daya, dan India.

Caracal mempunyai ciri menarik terutama bulu hitam yang lentik pada hujung telinganya yang sepanjang 4.4cm, selain badan yang dipenuhi bulu berwarna kemerahan-merahan dan keemasan. Mencapai berat 18 kilogram untuk seekor caracal jantan dewasa, kucing ini dikategorikan sebagai 'kucing kecil' yang paling besar di Afrika.

Berapakah harganya?

Dalam sebuah akaun Facebook yang menjalankan perniagaan kucing eksotik di Malaysia, Khazanah Rimba Cattery, kucing ini diimport dari Amerika dan sepasang anak kucing ini dijual pada harga RM150,000. Mahal kan?


Saturday, February 27, 2016

Harimau Sado Jadi Viral


Assalamualaikum readers.

Mungkin ada yang perasan beberapa hari ni, ada yang berkongsikan gambar harimau di atas di Facebook. Fokus utama, 'lengan' harimau tersebut. Nampak berotot kan? Tapi bila fikir balik, tak menghairankan kerana haiwan memang mempunyai otot yang kuat kerana kehidupan haiwan-haiwan yang berasal dari rimba memerlukan kekuatan dan ketangkasan fizikal yang lebih dari manusia.

PS: Tak pasti gambar tersebut diambil dari zoo yang mana..

Saturday, February 13, 2016

Saturday, January 30, 2016

Amboi... Seksinya!

Kalau manusia buat post macam ni, mungkin seksi, tapi kalau kucing? Lucu plus seksi!



*Setiap hari Sabtu, Zam akan kongsikan gambar kucing sempena Caturday (Cat+Saturday) di blog- sama seperti tema Wordless Wednesday. Jadi harap lepas ni pencinta kucing akan terhibur di blog Zam (>^.^<)

Saturday, December 12, 2015

Caturday: Kucing Ni Comot & Kotor Tapi




PS: Setiap Sabtu, Zam akan kongsikan gambar atau artikel berkenaan kucing. Jadi hari ni, Zam kongsikan gambar  dulu. 

Saturday, October 31, 2015

Stokin Paling Comel Dalam Dunia!


Good Morning!

Sorry guys kalau apa yang korang bayangkan lepas baca tajuk entri tu tak sama dengan apa yang ditunjukkan dalam entri ni.. Haha.. Bagi peminat kucing, kaki kucing ni memang kelihatan comel dan buatkan kita rasa geram, nak-nak lagi kalau yang macam pakai 'stokin' putih tu. Rasa nak gigit-gigit.

Biasa tak korang dengar, ada yang panggil 'kucing pakai stokin' bila tengok kucing tu berkaki macam ni. Rasanya ramai yang terima pakai istilah tu.. Hehe

Saturday, October 17, 2015

Kucing Dan Kenangan Kanak-Kanak


Antara sebab aku suka berada di kampung di Kelantan, dari zaman kanak-kanak sampailah dewasa, nilah dia.. Kucing.. Rumah kat Serdang- tempat aku membesar, xada bela kucing sendiri.. Kucing ni kiranya simbolik untuk nostalgia zaman kanak-kanak aku dulu- petikan FB


Assalamualaikum readers..

Macam biasa, hari Sabtu Zam akan jadikan entri kucing sebagai idea penulisan blog, sempena Caturday (Cat+Saturday). Teringat Zam ada sekeping gambar yang Zam ambil beberapa bulan lalu sewaktu pulang ke kampung halaman di Kelantan, dan waktu tu kucing kami elok je duduk berhampiran tayar belakang basikal dan memandang ke arah Zam.

Zam sebenarnya suka kucing sejak kecil. Dan Zam percaya ramai juga yang macam tu. Tapi ada juga yang baru suka kucing bila dah dewasa. Mungkin dulu takut, tapi sekarang tak. Mungkin ada sebab menarik disebalik tiba-tiba sukakan haiwan ini.

Ada pembaca yang nak kongsikan kisah mereka di ruangan entri ini?

Saturday, April 4, 2015

MAKSUD GST



PS: sekarang ni, ramai yang kreatif mereka terjemahan sendiri untuk GST.. hehe


Saturday, November 29, 2014

Dulu Buruk Dan Kotor, Sekarang Dah Comel!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini Zam nak kongsikan kisah seorang peminat kucing yang telah mengambil seekor kucing jalanan untuk dijaga. Kalau tengok gambar pertama, anda boleh lihat betapa cengkungnya dan kotornya kucing ini. Tapi siapa sangka, jika dijaga dan diberi makan dengan baik, hasilnya adalah seperti gambar kedua.

dulu-dulu ku menderita..

Saturday, October 25, 2014

Bila Hello Kitty Rosakkan Reputasi Superhero

Kucing Ini Penyokong Pahang Semalam?


ps: kelibat sang bulus putih bertompok hitam ketika perlawanan antara Pahang dan Kedah dalam merebut laluan ke final, semalam.

Saturday, October 18, 2014

Kucing Ini Mempunyai Ekspresi Terkejut | 24 Jam

Seekor kucing di China menjadi sensasi baru dan viral di kalangan peminat kucing apabila wajah terkejutnya dikongsikan di beberapa laman sesawang. Sekilas pandang, pasti anda terlihat ekpresi terkejutnya dengan mulut terlopong, namun bila diperhatikan secara teliti ia sebenarnya adalah kerana tompokan kecil bewarna kelabu yang betul betul terdapat di bawah mulutnya. Dan bentuk tompokan tersebut betul betul meyakinkan bahawa ia adalah bentuk mulut ternganga!


Kucing ini dinamakan Banye, sempena nama salah satu watak dalam anime Naruto. Banye adalah nama bagi Uchiha Madara dalam versi bahasa Cina. 


Saturday, October 4, 2014

11 Ekor Kucing Kena Buang Sekaligus Hari Ni


Assalamualaikum dan selamat petang. 

11 ekor kucing kena buang ni sebenarnya kisah beberapa ekor kucing dewasa dan beberapa anak kucing yang ditinggalkan di Petsmore, Wangsa Maju (mungkin sebuah pet's store atau klinik veteriner) hari ini. Tak tahulah apa puncanya, tapi mungkin ada yang mengambil kesempatan menjadikan Petsmore sebagai tempat membuang kucing-kucing ini. Kesian, berasak-asak dalam bekas yang kecil tu.. Tapi kan, nasib baik tak kena buang merata-rata atau ...... (tak boleh sebut, anda pun boleh bayang kerenah sesetengah orang yang tak sukakan kucing ).

Yang upload gambar ini, mungkin pekerja atau staf di sana.. Atau mungkinindividu yang selalu menghantar kucing mereka ke sana.

Apapun, nantikan kisah sambungannya ya selepas ini~

Saturday, September 6, 2014

Ke Klinik Veterinar Bawa Kucing Hari Ni

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni Zam dilanda kesibukan sedikit, jadi sebab tu Zam lewat mengupdate blog. Pagi tadi, Zam ke klinik veterinar untuk dapatkan rawatan kesihatan buat kucing Zam. Sambil menunggu giliran tu, Zam terbaca satu poster menarik di dinding, jadi Zaim kongsikan di sini buat pecinta dan pemilik kucing:

Nisbah Umur Dan Jangka Hayat Kucing Dengan Manusia.



poster yang bawah ni untuk selingan saja.. Suka tengok baka kucing kucing yang berbeza ni

Saturday, August 9, 2014

Dari Wajah Ayu Bertukar Menjadi Ganas



Entri Caturday: Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Setiap hari Sabtu, insya Allah Zam akan kerap kongsikan entri Caturday buat peminat-peminat kucing di luar sana. Berbalik pada topik, style orang sekarang ni suka ambil gambar sebelum dan slepas kan. Macam contoh baru baru ni, gambar raya yang retro diambil semula dan dicantumkan bersama untuk menunjukkan perubahan. 

Dalam gambar diatas ni pun, sama kesnya. Kalau dulu kecik dan muka innocent, bila dah besar macam gengster pun.. Gemuk dan comel pula tu.. Haha.. Muka tak puas hati kot!

Saturday, May 24, 2014

Memang Dah Subjek Zam

(kucing di Matang Wildlife Centre semalam)

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Biasanya, rakan-rakan FB Zam memang tahu benar kegemaran Zam bila memuat naik sesuatu gambar. Tak lain tak bukan, gambar-gambar kucing yang Zam ambil sendiri. Kerana dah kerap dan selalu sangat muat naik gambar kucing di FB, ada yang perasan dan tegur Zam:

"Asyik kucing, kucing, kucing je.. Tak ada gambar lain?"

"Asyik kucing je.. Letak la gambar awek ke"

Saturday, May 17, 2014

Ni Bodek Ke Apa Ni?


Entri Caturday#7

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 

Sebenarnya tajuk entri tu bukanlah menggambarkan sepenuhnya tentang gambar diatas, sebab biasalahkan kucing memang bersikap manja. Cuma bila tengok aksinya, imiginasi Zam membayangkan kucing ni macam berlagak sopan- dengan tangan depannya dirapatkan konon-konon santun santun sangat dan menggeselkan mukanya ke muka si kanak-kanak. Macam nak minta/mengharapkan sesuatu je gayanya, kan.

Apapun, selamat berehat di hujung minggu ;)

Saturday, May 10, 2014

Gergasi Yang Lembut

Gergasi~ Bila disebut, tentu dalam bayangan kita makhluk yang bersaiz sangat besar-ganas-kasar-jahat. Tapi bila disebut Gergasi Yang Lembut, tentu ia menjadi sangat kontra dengan bayangan yang biasa kita fikirkan. 

Benarkah ada gergasi yang benar-benar lembut seperti yang dikata?

Jawapannya, ada. Dan gergasi yang dimaksudkan ialah kucing spesis Maine Coon ini:


Sumber dari Google

Dikenali juga sebagai The Gentle Giant (sumber), kucing ini merupakan baka tertua yang berasal dari Amerika Utara, yang dinamakan American Longhair. Mempunyai struktur badan yang besar, berbentuk lonjong dan berbulu lebt-panjang, menyebabkan ia menjadi baka kucing yang terkenal di dunia :)

PS: Ni kalau belanja makan dia ni, mesti sama macam orang dewasa.. Hehe

Saturday, April 19, 2014

Caturday #6 Koleksi Kucing Belakang Rumah

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Macam yang Zam janjikan dalam entri sebelum ini, MACAM KUCING ZAM 15 TAHUN DULU, dibawah ni dikongsikan koleksi gambar kucing-kucing yang selalu datang lepak di belakang rumah Zam. 

Kucing-kucing ni selalu datang pada waktu yang berbeza, kemungkinan nak mengelakkan sebarang konflik sesama mereka nak-nak lagi kucing jantan. Zam lak, asal ada kucing baru je belakang rumah, terus cepat-cepat ambil kamera. Kucing memang jadi subjek fotografi kesukaan Zam selama ni, selain Danbo.

mata besar sebelah.. sakit kot