e

Tuesday, May 6, 2014

Alaa Ni Siapa Tinggalkan Hadiah Depan Bilik Sains Ni???

Tiba waktu Sains tadi, Zam ajak murid-murid ke bilik Sains macam biasa. Buka-buka je pintu bilik Sains, terus Zam terhidu bau sesuatu yang cukup Zam kenal... Cis!

Ni kucing mana laa yang berak kat depan pintu bilik Sains ni... Bersepah-sepah!

Zam tukar tempat mengajar di kelas lain. Memandangkan kerusi di kelas tu pula tak cukup, Zam minta seorang murid ambil kerusi dari bilik Sains. Pesan Zam pada dia, berhati-hati jangan terpijak taik kucing tu.

Tiba-tiba, dia melompat dalam bilik Sains macam terkejut. Apesal? Tanya Zam.

"Tu.. Ada anak kucing dalam almari.." bagitau dia, dan Zam dengar ada bunyi pergerakan dalam almari.

Zam buka almari, dan terus tunduk nak cari anak kucing tu..

Alolololololo... Comelnyaaaa.... Tapi garang giler... Dia jerkah Zam & dengan berani keluar dari persembunyian dalam almari, kemudian lari... Adehhh tak sempat nak tangkap!

Mujur ada kakak-kakak cleaner, Zam minta mereka tolong untuk membersihkan bilik Sains.

Kejap lagi, Zam nak masuk balik bilik tu.. Nak cari nenong noncet yang berak merata tu..


20 comments:

  1. beranak dan tinggal tanda ..
    nnti tkot lpe tingglkan anak kt mne la tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp rasanya tu taik anak dia.. sb kecik2 je.. opsss

      Delete
    2. hahahahah... lawak sekolah hari selasa X3

      Delete
    3. school of lawak ke ni.. hehe

      Delete
  2. giler comel..mesti dia terkejut tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ms dia terkejut tu, mmg nampak comel

      Delete
  3. kalau buat muka 'bajet comel' mcm kat atas tu tak jadi marah la kot. nk simpan terus..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar kat atas tu, mmg sebijik mcm dia.. tp yg zam jumpa ni versi ganas skit

      Delete
  4. dia takut la tu. nak mak dia je.. haha.

    ReplyDelete
  5. alahai..siannyer..msti dia takut dgn org..huhu..kucing cmni kna pjuk peln2 bgi mkn..nnti ok la tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam tak sempat dh nk jumpa lg dia td.. ntah kemana2 larinya

      Delete
  6. Replies
    1. mmg comel, sebijik mcm dlm gmbr, tp garang

      Delete
  7. Ujian buat cikgu hari ini ye:)
    Binatang tinggal anak sebab terkejut ada yg ganggu, tapi kalau manusia?

    ReplyDelete
  8. hahaha..ada la tu yg meninggalkan..:p

    ReplyDelete
  9. haha..biasalah si kecil yang comel camni. die terkejut tetiba ada orang datang menghampiri :)

    ReplyDelete
  10. owh..ada anak kucing comel ni buat onar ea...tetap comel.

    ReplyDelete