e

Tuesday, May 6, 2014

AL FATIHAH: DATUK AZIZ SATAR MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Ketika Zam bersarapan pagi di bilik guru tadi, ada rakan yang menyampaikan berita tentang pemergian pelakon veteran terkenal, Datuk Aziz Satar.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Tak sangka sungguh dengan berita tersebut. Allahyarham meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Berikut adalah petikan artikel dari Sinar Harian:

PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi. Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.



ps: bersambung lepas ni..

2 comments: