Assalamualaikum semua. Baru2 ni, memulakan sesi pengajaran di sekolah untuk tahun 2013, tiba2 Zam terasa agak letih & stress. Mungkin kerana Zam tak dapat sesuaikan diri lagi dengan jadual baru yang lebih padat dari tahun lepas, & kebetulan juga Zam mengajar murid tahun 1 pada penggal ini. Situasinya memang berbeza dari guru2 lain, kerana Zam mengajar di sekolah pendidikan khas yang berlainan cara & kaedah mengajar. Fuh... Mencabar sebenarnya mengajar kanak2 berkeperluan khas ni, & guru perlu betul2 bersedia menangani permasalahan yang bakal timbul pada murid & pada guru itu sendiri.
Baru je Zam berkira2 untuk membeli supliment yang sesuai untuk menghilangkan rasa stress, tiba2 zam teringat pada sekotak Vitamin B Kompleks di atas meja yang dibekalkan oleh Ayah sejak tahun lepas lagi. Cuma, Zam tak pernah amalkannya lagi. Kata Ayah, Vitamin B baik untuk menghilangkan rasa letih. Jadi Zam ambil sebiji pagi itu, & tak lama kemudian Zam rasa keadaan stress & letih yang Zam alami sebelum itu makin berkurangan. Alhamdulillah..Kiranya pengambilan vitamin tersebut berjaya mengatasi masalah Zam. Jadi dalam entri kali ini, Zam rasa berminat sangat nak kongsikan info tambahan mengenai Vitamin B Kompleks ini kepada pembaca:
KEBAIKAN VITAMIN B KOMPLEKS
Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan
kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan
menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang
disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah
yang optimum.
- Gejala kekurangan vitamin B:
- keletihan
- kebas
- kerengsaan usus
- gemuruh
- kemurungan
- paranoia
- lemah dan lesu
- stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau,
daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan
ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun
serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut
dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan,
antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B.
Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang
dari tubuh melalui peluh dan kencing.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
- Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
- Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
- Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
- Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
- Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
- Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
- Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
banyak betoi kelebihan dia.. nak kena beli jugakla.. tambah2 time musim dok exam.. mmg stress.. huhu
ReplyDeletesupplement memang bagus untuk hari yang sehat...
ReplyDeletetq share ye
ReplyDeletesaya amalkan B-complex sejak tahun lepas. mmg baik. lebih2 lagi untuk kekal bertenaga sewaktu belajar dan bekerja.
ReplyDeletewah , ajar pljar pnddkn khs . cbaran tu . goodluck zam . aah ,dlu abel ada amlkn b coMplex , letih jd brkurangan . :)
ReplyDelete