Tiba-tiba Zam rasa nak kongsikan kisah tentang Buah Delima dalam entri kali ni.. Kenapa ya? Haa.. Zam baru je terbaca status seorang rakan Zam di FB sebenarnya, & status beliau tu buatkan Zam teringat pada kisah buah delima ni. Sweet & menarik.. Jom luangkan masa membacanya.. Insya Allah ada pengajaran disebaliknya ;) Dipetik dari sumber asal, blog MELUR HASANAH.
(sumber gambar dari Google)
Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika
Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, yang juga isteri kepada
Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali, ”
Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin sekali buah delima”, Jawabnya.
Sayidina
Ali termenung, ia tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera
berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham untuk mendapatkan
buah delima yang diinginkan isterinya itu. Akhirnya Sayidina Ali
mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah
delima dan segera kembali pulang.
Namun
di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang
yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun
berhenti dan menghampirinya.
“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai
Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang
berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang bertanya tentangku.
Aku ingin sekali makan buah delima. Jika aku makan buah delima, rasanya
sakitku bertambah baik” Jawab orang tua tersebut.
Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,
“Buah
delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku,
kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun
jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).
Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.
Maka
kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian,
separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah. Selepas
makan buah delima yang separuh itu, orang yang sakit itu berkata
"Sakitku ini telah baik, namun jika aku makan separuh lagi, nescaya aku
boleh berjalan dan bekerja. Mendengar kata-kata lelaki itu, Saidina Ali
pun memberi separuh lagi delima itu.
Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai
Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha
Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka
puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”
Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”
“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah
pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah
tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali
bertanya,
“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,
“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )
Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai
Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU
terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”
Adakalanya,
Allah SWT membalas amal sedekah kita bukan dalam bentuk harta dan wang
ringgit, tapi dikurniakan kehidupan yang sejahtera dan penuh berkah,
anak-anak yang bijak, soleh dan solehah, kesihatan yang baik, keperluan
yang mencukupi atau sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran kita. Ada
masanya Allah simpan amalan sedekah kita sebagai pahala akhirat. Sedekah
yang ikhlas kerana Allah, sangat tinggi nilainya di sisi Allah.
Surah
al-Baqarah ayat 261 adalah antara ayat suci al-Quran yang popular dalam
membuktikan kelebihan bagi mereka yang bersedekah. Allah berfirman yang
bermaksud: Perumpamaan
nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya pada
jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir
dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah
melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang yang dikehendakinya. Allah
Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui.
Moga Allah merahmati kita atas ibadah yang kita kerjakan..
ReplyDeleteAllahuakbar...
ReplyDeleteAlhamdulillah ..
ReplyDeletesebak bila baca .
menakjubkan
ReplyDeletealhamdulillah dapat baca^^ semoga kita dapat jadi macam Saidina Ali tak rasa takut utk memberi kerana Allah Taala
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDelete*tetibe teringin nk makan buah delima lak* (^_^)"
SubhanaAllah....begitu dalam maksud yang tersirat disebalik kisah ni...
ReplyDeletesuka dengan entry nie...bagus kalu zamani teruskan...i like it
ReplyDeletemselim3