e

Friday, January 11, 2013

Kotak Paling Berdosa

Salam Jumaat & Selamat Petang Semua ('',) Sekarang ni jarang betul Zam berpeluang nak update blog sekerap dulu. Ruang waktu yang ada untuk menulis blog kini makin suntuk memandangkan jadual waktu Zam yang semakin padat di sekolah berbanding tahun sebelum ni. Jadi, masa lapang seperti waktu petang inilah yang Zam ada untuk menulis. Apapun insya Allah, bila masa dapat diaturkan dengan lebih baik selepas ini, Zam akan kembali aktif seperti biasa.

Entri kali ini pun cukup ringkas, kerana Zam nak kongsikan satu teka teki yang best yang Zam dapat dari adik Zam. Zam nak tengok, siapa di sini yang dapat menjawabnya dengan tepat.. Hehe.. 



DALAM BANYAK-BANYAK KOTAK, KOTAK APAKAH YANG PALING BERDOSA???


Ha.. Amacam..? Anda ada jawapannya? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen yang disediakan, & untuk makluman tambahan, komen yang diberikan akan disorokkan buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada lebih ramai pembaca mencuba nasib menguji minda dengan kemahiran sendiri.. Barulah adil, kan? Hehe 

6 comments:

  1. Tumpang lalu tersipu2 malu ehem2 senang je ni hahak ! KOTAK SEMBAHYANG eh hahak !

    ReplyDelete
  2. Lupe lak nak bagi reason:
    Kotak solat means "Ko tak solat??"Berdosa tau...Solat itu tiang agama.

    ReplyDelete
  3. Jawapannya adalah : Ko Tak Solat! Betul tak? Hadiah??!! ;)

    ReplyDelete
  4. kotak hati..hahaha..sah2 salah. lansung out dari jawapan2 yg berpotensi..

    ReplyDelete