e

Tuesday, January 29, 2013

Shila Amzah & PSY Gangnam Style Buat Persembahan Di Shanghai..



Baru pagi tadi sewaktu otw ke tempat kerja, Zam terdengar lagu Gangnam di Hot FM. Terfikir juga, lagu ni masih dimainkan walaupun dah lama popular. Apapun yang terkini, Shila Amzah dikhabarkan akan membuat persembahan di pentas yang sama dengan PSY (penyanyi Oppa Gangnam Style) di Shanghai nanti. Info ini, Zam perolehi dari blog Beautiful Nara sebentar tadi.


Tapi itu tidak bermaksud Shila akan menarai Gangnam Style bersama PSY nanti.. Kalau dijemput, mungkin juga.. Tentu Comel.. Tapi rasanya Shila akan menolak, sebab beliau pernah memberitahu kepada peminat setelah berhijab ni, beliau akan membawakan lagu yang berentak balada & sudah semestinya, tidak melibatkan pergerakkan yang rancak.. Sebagai muslimah, kenalah jaga imej, kan? :)

PS: Pada awal kemunculan Shila Amzah dulu, Zam tertarik dengan gayanya yang meneran suara iras2 Misha Omar. Sewaktu di OIAM, bakatnya mungkin belum diberi perhatian, sehinggalah beliau melebarkan sayapnya dalam industri melalui lagu hits Patah Seribu, Beribu Sesalan & setelah mencapai kejayaan di Shanghai. Itulah yang dinamakan rezeki.. Kalau tak popular hari ini, esok2 akan berpeluang popular, asalkan ada usaha. Zam pun secara jujur, makin memberi perhatian pada Shila Amzah sejak dia mula bertudung.. Macam ada suatu tarikan & x factor di situ.. ;)


1 comment:

  1. memg ade dgr psl die akn kongsi pents..shila mmg comel..

    ReplyDelete