Assalamualaikum semua ('',) Sepanjang hari ini Zam cuma sempat update satu entri je, itupun pagi tadi tentang Kelahiran Anak Memey Suhaiza & Norman Hakim. Selepas itu, Zam keluar dengan rakan2 ke Serikin, tempat membeli belah di sempadan Indonesia. Pelancong dari Semenanjung mesti tahu tempat ini menjadi satu kemestian bila ke Sarawak.
Sambung ke malam, kami memasak pula. Bahan utama, ketam nipah yang Zam beli di Pasar Tamu Satok semalam. Dah lama teringin nak makan ketam ni. Sampai ke waktu sebelum Zam masak tadi, ketam ni masih hidup. Hmm.. Ade sesiap berani nak memasak bahan macam ni..? Mujur kepitnya diikat kuat, kalau tak, susah juga nak tangkap balik.. ;)
Tentang resepi, Zam masak cili je, dengan bantuan rakan.. Zam dah lama tak memasak, sampai keliru halia dengan serai.. Hehheh ;p
No comments:
Post a Comment