e

Saturday, February 23, 2013

Sebelum & Selepas Anda Menonton Buletin Utama Malam Ini..



Sekadar perkongsian buat renungan bersama. Antara topik yang hangat diperkatakan oleh media massa waktu ini, sudah tentu isu Tok Guru Kata Penerima BR1M Haiwan. Dan mungkin sebentar lagi, isu ini akan diulang tayang sekali melalui siaran berita di stesen televisyen tempatan. 

Pertama sekali, apa yang ingin disampaikan, tak kiralah pembaca seorang penyokong tegar parti biru mahupun parti hijau, anda perlu sedar bahawa pada waktu menjelangnya pilihanraya seperti inilah, pelbagai permainan politik akan dilakukan. Hentam menghentam, fitnah memfitnah, menyerang keperibadian tokoh politik, & sebagainya. Sejauh mana kebenaran yang ada pada pihak kerajaan & pembangkang, anda nilailah & bandingkan dengan kewarasan & akal yang sihat.

Admin tidak menyatakan sokongan admin kepada mana-mana parti politik, tapi jika apa yang berlaku (isu hari ini) boleh dinilai secara jujur, tentu anda sendiri boleh melihat sejauh mana kebenaran isu yang dibawakan.

Saksikan satu video pendek di sini. Kemudian nilailah sendiri.


# tamsilan mudah untuk menjelaskan isu yang dibawakan.. Dalam matapelajaran BM pun tentu ramai yang dah pelajari, orag Melayu kita banyak menggunakan perumpamaan yang melibatkan haiwan:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!


12 comments:

  1. hahaha....PokCik paling suka ayat yang paling bawah;

    Sampai hati atok marah kami...

    Itu peribahasa samdol.....

    ReplyDelete
  2. Tak mampu nak tengok berita tv mlm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. bila benda yg tak tepat disajikan kepada penonton yg tahu menilai, rasa tak sampai hati nak tengok

      Delete
  3. sebagai warga matang...kita kena matang dalam pemikiran dan juga penilaian... ^_^ x gitu?

    ReplyDelete
  4. Biasa la tu memutar belitkan supaya rakyat salah faham
    Tp rasenya rakyat dh nampak dan pandai menilai..
    Skang org tak pecaya bulat2 ape yg dgr di tv..
    Yg bijak akan menilai, skang kan byk sumber di internet..

    ReplyDelete
  5. ulama bila berkata-kata memang dalam kias dia,kita sebagai org yg kurang ilmu perlu lebih peka dlm setiap kata-kata ulama,kerana ada bahasa yg tegas disitu dan lembut,contohnya isu brim..tok guru kata "Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami.

    Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil).

    Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia,"

    Tang mana tok guru kata rakyat amik BRIM nih binatang. yang bagi 2 lah,mengangap manusia sebagai binatang,kene paham molek..
    dan kepada media yg menyokong ,menyebarkan fitnah,anda akan dipersoal oleh ALLAH di akhirat kelak,jgn ingat mudah...tepuk dada tanye iman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal.. sengaja benda mudah diputarbelitkan

      Delete