e

Thursday, February 21, 2013

SEGMEN BLOGGER:Time Sibuk/Time Line Buat Hal/Time Penat



Perghh.. memang ramai blogger buat segmen sekarang ni kan. Kalau boleh, Zam nak join je semua segmen bila setiap kali blogwalking ke blog korang, Zam terjumpa segmen-segmen baru. Kadang-kadang tu, segmen berangkai. Nak join segmen blogger A, terjumpa segmen blogger B yang blogger A join. Dan begitulah seterusnya.. Hehe..

Disebabkan sibuk, Zam akan bookmark blog penganjur dulu kerana takut terlupa, & bila ada masa lapang Zam akan hasilkan kesemua entri segmen yang telah dikumpul sejak awal lagi secara sekaligus. Memang memenatkan, tapi itu saja masa yang Zam ada. Tapi memburukkan lagi keadaan, line tiba-tiba slow.. Huhu.. Masa tu, otak pun boleh jammed..

Jadi Zam nak minta maaf kalau entri yang Zam hasilkan tidak memenuhi citarasa penganjur. Risau juga, jika entri ringkas & pendek yang dihasilkan membuatkan rakan blogger yang menganjurkan segmen berkecil hati & menganggap Zam ambil sikap sambil lewa menyertai mana-mana segmen.

Takut juga ada yang terasa, entri untuk segmen blogger si A panjang & berjela-jela, tapi untuk segmen aku pendek je.. Huhu.. Kalau ada yang pernah terasa begitu, minta maaf sangat.. Kadang-kadang ada segmen yang memerlukan entri ditulis secara kreatif agar terpilih sebagai pemenang, jadi entri untuk segmen seperti itu, memang Zam akan menulis dengan panjang, biarpun pada masa yang sama ada segmen yang Zam sertai dengan penulisan yang ringkas.. Gomen ne! (<-- sila google translate perkataan Jepun ini untuk mengetahui maksudnye)

Time ade mood, line laju, otak fresh~ hati ni berbunga-bunga je tulis entri berjela-jela. Tapi time sibuk/time line buat hal/time penat, entri tu jadi pendek.. Mengalahkan entri wordless Wednesday pula.. Huhu.. Maaf sangat-sangat ye rakan blogger.. Harap korang memahami situasi diri ini..

(lapar nye rasa.. jom pergi lunch!)

14 comments:

  1. ingat kan tadi segmen.. rupanya penjelasan.. ;) diaorg mesti la fhm bro.. nasi dagang, jgn lupe masak kt kelantan lak.. jemput along ya.. hehe

    ReplyDelete
  2. susah nak jaga hati orang zam.... remy tak kisah..... panjang atau pendek.... zam join pun dah cukup remy hargai...kalau entry tu panjang..... itu kredit utk penganjur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Remy.. :)) Zam cuma tak mahu ada yg terasa.. Itu je ;)

      Delete
  3. mmg byk pun blogger wat segmen & GA now.. :3
    jmput join lucky draw sy..
    21 feb - 28 feb 2013 je.. >_<
    http://greennnpanda88.blogspot.com/2013/02/vote-win-lucky-draw.html

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang banyak giler segmen dan GA... ^_^ kakak pun sama... masa cam x mencukupi...biasanya akan join bila weekend jer... sebab banyak masa sikit... hari biasa, biasanya dipenuhi dengan entri dan aktiviti blogwalking aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil mas ajuga hasilkan satu entri segmen, tapi tak apalah, ikut keselesaan masing2 kan :)

      Delete
  5. KA Pun dh jrg2 join segmen ni kekangan masa lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu Zam hargai sangat2 kalau satu2 segmen tu simple giler.. hehe

      Delete
  6. Insaallah zam..kan , kita semua memahami...dulu kan mana yg penting kan...

    mselim3

    pls: moga sukses dengan apa jua segmen yg disertai...k

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq untuk ingatan tu.. hehe btw thanks utk support yg diberikan bro Mselim :D

      Delete