e

Tuesday, March 26, 2013

Kisah Siti Fazurina Nikah Untuk Kali Kedua


Assalamualaikum & selamat pagi buat pembaca. Jika sebelum ini ada pihak yang menyalahkan ibu kepada pelakon Dunia Anita- Siti Fazurina kerana tindakannya yang seolah-oleh membuka 'aib' anaknya sendiri, namun melalui pendedahan media mStar Online pada hari ini telah membuktikan ada rasionalnya ibunya bertindak demikian. Terbaru, pelakon itu diberitakan terpaksa bernikah buat kali kedua selepas pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.

Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Ikuti artikel lanjut di SINI. Kredit info kepada mStar Online.

TERBARU:

14 comments:

  1. nikah kahwin bukan perkara yang main2... semua perkara dan aspek nak kena diperhatikan dan diteliti dengan details sejak dari mula...kalau tidak timbullah masalah kemudian hari macam ni... haihh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju seratus peratus dgn Kak farah.. bukan redah je kan

      Delete
  2. Nasib baik ibu Fazurina bertindak sedemikian, kalau tidak, menanggung dosa jek sebab perkahwinan tak sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. ada rasionalnya tindakan ibu dia

      Delete
  3. boleh pula bagi maklumat palsu..macam-macam hal..

    ReplyDelete
  4. Kenapa agaknya artis Malaysia ramai sangat yang x cerdik?

    SentiasaPanas[dot]com

    ReplyDelete
  5. huhu...memang susah kalau cam nie...soal nikah dipermainkan...huhu...payah kan

    ReplyDelete
  6. biarlah mendapat restu ibu bapa kalau nak berumahtangga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya begitu sbb stu kebaikannya ibu bapa boleh pantau perjalanan ke arah perkahwinan tu berada ats lndsn yg betul

      Delete