e

Saturday, April 20, 2013

Bila Dapur Panas, Watak Lain Jadi Jelas



Selamat malam buat rakan pembaca semua. Malam ini, tentu ramai yang menantikan tayangan Master Chef Selibriti musim ke dua di Atro Ria 104 (pukul 9.00). Mungkin masih terlalu awal untuk memilih peserta selebriti yang diminati untuk disokong, kerana kebolehan & perwatakkan mereka di dapur masih belum dipertontonkan dengan jelas. 

Mungkin selepas episod pertama dan episod terawal seterusnya, penonton akan mula menilai & memilih selebriti kesukaan masing-masing. Walaubagaimanapun untuk peringkat awal ni, mungkin Zam akan fokuskan kepada Cat Farish. Sebab? Tak ada sebab yang istimewa, cuma Zam sukakan lagu-lagu ciptaannya sebelum ni.. Hehe

Kalau anda perasan, tagline MCS 2  kali ini ialah BILA DAPUR PANAS, WATAK LAIN JADI JELAS. Kenapakah? Haa.. Ini kerana, dalam rancangan realiti seperti inilah, watak-watak sebenar seseorang peserta akan jelas ditunjukkan oleh mereka sendiri. Tak ada skrip yang dihafal, tak akan ada kontrol ayu & sebagainya seperti di pentas seni kerana ini adalah realiti. Setuju?

Apapun, selamat menonton MCS 2 dengan santai bersama keluarga tersayang ;)

3 comments: