e

Sunday, May 5, 2013

Gambar Helikopter Dinaiki Dato Seri Hishammuddin Terbalik



Helikopter Hishammuddin Terbalik Di Sungai Besi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.

Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
 

5 comments:

  1. Alhamdulillah selamat.. Sekarang ni memang musim angin kencang..rumah pun terase macam bergegar mase angin kuat haritu..

    ReplyDelete
  2. mujurlah beliau x cedera kan. malam tadi tgk beliau bersama2 PM menanti keputusan penuh RPU13 dengan penuh semangat. tahniah!

    ReplyDelete