SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas
peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh
jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga
tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati
bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes
pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R.
Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank
Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu
Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33,
didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang,
Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30
Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca
bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati
mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff,
Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan
diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan
diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad
manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA
-Akhirnya keluarga Allahyarhamah Sosilawati dan semua mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya..
selesai juga kes ni..alhamdulillah
ReplyDeleteDato' Akhtar mmg hakim yang terbaik.
ReplyDelete:))
Deletemmg puas hati diorang dpt hukuman mcm tu.
ReplyDeleteZam pun puas hati
Deleteakhirnya dapat jugak pembalasan..
ReplyDeletenyawa dibalas dengan nyawa
ReplyDeleteakhirnya selesai...alhamdulillah...
ReplyDeletealhamdulillah.. dekat 3 tahun dah berlalu
DeleteAlhamduillah moga tenanglah roh-roh mereka yg terkorban dan keluarga mangsa pun puas kalau begini pengkahirannya..
ReplyDeleteinsya Allah..
Deletesyukur alhamdullilah akhirnya kes ini selesai juga
ReplyDeletemmg syukur sgt2.. zam pun dah lupa kes ni sampailah dbritahu keputusannya
Deletebertahun kes nie mendapat perhatian kita....dan inilah akibatnya dari perasaan tamak haloba...
ReplyDeletedapat juga pembalasan..
Delete