e

Sunday, May 12, 2013

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 14: Datuk Aznil Tersingkir Selepas Menarik Diri



MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 14, akhirnya selepas berada di tangga 4 terbawah- Syanie, Aznil, Michael Ang dan Lydiawati berada di episod penyingkiran yang menyaksikan cabaran Tuna. Persaingan adalah sengit kerana kesemua peserta hari ini mendapat pujian yang positif dari setiap chef sebaik saja hidangan disajikan, & seperti kata Syanie, ia adalah satu persaingan yang sengit. Menurut chef, bukan hidangan tuna saja yang dititikberatkan, kerana cara olahan bahan yang digunakan turut diambil perhatian.

Menepati undian pol awal di page MasterChef Malaysia @ Facebook sebelum keputusan diumumkan, akhirnya Michael Ang  menjadi peserta tersingkir dalam episod ke 14, biarpun masakannya dikatakan seimbang dari segi rasa & olahan yang menarik. Namun, apa yang mengejutkan ialah apabila Pak Nil tiba-tiba keluar di hadapan juri dan menyatakan hasratnya untuk menarik diri & menggantikan tempat Michael Ang. Keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa perkara, termasuklah keadaan ibunya yang baru saja dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan, dan Pak Nil memilih untuk menarik diri kerana mahu berada disamping ibunya pada masa ini.

PS: Bertepatan dengan Hari Ibu yang disambut hari ini, kan? Apapun, Pak Nil berjaya menyumbangkan sejumlah RM3500 untuk badan kebajikan yang diwakilinya.. Tahniah Paknil! Ramai peminat Pak Nil yang memahami keadaan ini & mendoakan yang terbaik buat Pak Nil dan ibunya :))

-Rupanya Pengacara Pun Pandai Masak-

17 comments:

  1. terkejut juga dgn kptsn pak nil. tp sebabnya sgt bernas.....

    ReplyDelete
  2. haishh~ xtgok lgi yg nie.. huhu

    ReplyDelete
  3. kenapa Pak Nil tarik diri> sedihnya.tak pelah tu hak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sb dia nak bersama dgn ibu diayg dimasukkan ke hospital

      Delete
  4. drama sgt tauu paknil nie...hengatkan MA dah tersingkir...apepon, tahniah buat paknil sbb bjaya kumpulkan RM3,500 utk badan kebajikan yg dia wakili..

    ReplyDelete
  5. pak nil dah kuar ke..ingatkan dia masuk final

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg fikir dia dpt bertahan ke final

      Delete
  6. Bagus paknil..
    Berkorban demi ibu...
    AJ tau baca tweet Zam semalam... =D

    ReplyDelete
  7. xpe la pak nil.. moga ibunya selamat.

    ReplyDelete
  8. Pak Nil memang pandai masak. lagipun, saya sangat suka attitude Pak Nil. Tak sombong dan happy je. semoga ibu Pak Nil sembuh.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kata je tak prnh msk, tp dia boleh masak.. kreatif

      Delete