e

Tuesday, May 14, 2013

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 16: Norish Karman Tersingkir, Enot Terselamat



Assalamualaikum & selamat malam. Nampaknya, nasib tidak menyebelahi Norish Karman yang mengalami masalah kesihatan apabila tersingkir dalam MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 16 | Episod Penyingkiran.


Tewas kepada kumpulan Biru dalam episod ke 15 sebelum ini, kumpulan Merah yang dianggotai Norish Karman, Kenchana Dewi, Radhi, Lydiawati & Enot terpaksa berhadapan dengan cabaran Laksa dalam episod malam ini. Keputusan agak mengejutkan kerana Norish Karman mempunyai kebolehan memasak yang baik, termasuk selalu menjadi ketua kumpulan dalam episod sebelum ini. Tambahan pula, mungkin ramai yang meramalkan Enot bakal tersingkir kerana kesilapan penggunaan bahan yang agak terlebih yang mengganggu rasa laksa yang dihasilkan.

Apapun, ini adalah kali pertama Norish Karman memasak laksa, & kerana masalah kesihatan, beliau tidak bernasib baik kali ini. Walaubagimanapun, RM4000 yang berjaya disalurkan kepada badan kebajikan yang diwakili olehnya merupakan satu angka yang boleh dibanggakan. Besar atau kecil jumlah itu, yang penting usaha & keikhlasan yang akan diambil kira ;)

PS: Suka nama menu Radhi OAG. Kreatif. Kalau dengar lagu OAG sebelum inipun, memang lirik lagunya kreatif & unik-unik. Cayalah~ walaupun sentiasa dibayangi tanggapan penonton yang beliau tidak pandai memasak, Radhi telah menunjukkan kebolehannya dalam episod ini.

10 comments:

  1. sayangnya tak tengok radhi tadi..hihi..komen untuk dia macam mana zam..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif lah.. walaupun dia guna mee kuew tiaw untuk buat laksa ;)

      Delete
  2. assalamualaikum zamani...akhirnya Norish Karman tersingkir juga...nape ramai yg x suka dgn die ek...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Kak.. entahlah.. tak tahu sb yg tepat.. mcm2 pendapat kan

      Delete
  3. hehehe.. teringat komen Yassin dalam meletop.. dlm tu semua propa je.. tula, cikda pun terpikir diarang ni berdrama je kot.. ada watak poyo..ada watak kememeh.. ada watak joyah..

    ReplyDelete