Akhirnya, selepas berjaya bertahan sehingga minggu ke 6, nasib tidak menyebelahi Radhi OAG apabila tersingkir di episod penyingkiran kali ini. Dengan tema udang lubuk, masakan yang disediakan oleh Radhi bukanlah tidak sedap, cuma ia dianggap satu hidangan yang biasa kerana tiada penambahan bahan untuk membangkitkan rasa udang tersebut. Apapun, satu percubaan yang baik dari Radhi OAG & untuk makluman pembaca, sehingga ke episod ini Radhi telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan & mendapat pujian dari para juri.
Menurut Radhi, segala komen & nasihat yang diberikan semenjak berada di MasterChef dijadikan ubat baginya dalam meneruskan perjuangan di dalam MasterChef. Sangkaannya, dia tidak akan berada lama di dalam rancangan ini, tetapi ternyata dia mampu bertahan sehingga minggu ke 6. Mengakui di sanalah dia mula mempelajari tentang ilmu memasak secara serius, Radhi juga merasakan satu kehilangan jika tersingkir kerana setiap gelagat peserta di dalam MasterChef membuatkan dia ingin selalu berada di dalam rancangan itu.
Tahniah buat Radhi kerana berjaya menyumbangkan sebanyak RM5500 untuk badan kebajikan yang diwakili olehnya. Zam sendiri sebolehnya tak mahu Radhi tersingkir, kerana dia merupakan salah seorang peserta yang Zam sokong memandangkan sikapnya yang sentiasa cool & happy go lucky di dalam MasterChef.
PS: Selama ni selalu perhati, nama menu Radhi kebanyakannya kreatif.. TerLAKSAna.. LobSTAR.. Itu antaranya..
saya paling suka nama masakkan 'terLAKSAna' dia. Unik.
ReplyDeleteSetuju :)
Deleteakhirnya tersingkir jugak.....chef pom dah x sanggup dah nak simpan dia lagi lama
ReplyDeleteStkt tu je kebolehan dia.. bkn rezeki
Deleteradhi best...suka tlg org & buat suassna dapur jd ceria
ReplyDeleteSikap dia gile2
Deletefinally....pasni sila singkirkan che ta plak..bebulu joo den tgk dio..hahaha..
ReplyDeleteBebulu ae.. haha
Delete:)
ReplyDelete;))
Deletexpe, kluar dgn bermaruah.. dan nmpak sgt dia sgt2 appreciate chef2 dan kwn2 dia..
ReplyDeleteTingkhlaku dia ok..xbt org bnci
Delete