e

Monday, May 6, 2013

Menteri Besar Baru Kelantan, Ahmad Yakob Mengangkat Sumpah


Berita sebelum ini di mStar Online:

KOTA BARU: Kelantan dijangka akan mempunyai Menteri Besar yang baru buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun apabila timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dijangka akan mengangkat sumpah bagi memegang jawatan itu di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail pada petang Isnin.

Majlis itu dijangka akan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian dekat sini pada pukul 4.30 petang Isnin di mana Timbalan Menteri Besar Kelantan serta barisan exco kerajaan negeri yang baru turut akan mengangkat sumpah.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.


Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru dijangka akan disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Difahamkan, Nik Abdul Aziz, 82, dinasihatkan oleh baginda supaya mengambil lebih perhatian terhadap keadaan kesihatannya atas faktor usia.


Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz akan terus kekal sebagai Muryidul Am PAS.

20 comments:

  1. sedih sangat bile tau TGNA letak jawatan.
    tapi kesian jugak, TGNA dah tak larat dah tu...,

    jasamu tetap kukenang Tok Guru!!!

    ReplyDelete
  2. ALL THE BEST!>
    Tahniah kelantan...kekalll

    ReplyDelete
  3. dapat la TGNA berehat sepenuhnya :)

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak ada kepimpinan baru. TGNA patut berehat jugak. bagi ruang kepada muka2 baru

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA SINI ADA G.A TERBESAR MEI, HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #138
    LINK TAGGING :
    http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
    link G.A :
    http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete
  6. Budu singgah baca entry ni. Alhamdulillah & tahniah dengan pelantikan beliau. Semoga Kelantan terus harmoni^^

    Budu tag zam join GA: http://dindamaisarra.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... :))

      Insya Allah, thanks 4 tagging me ;)

      Delete
  7. Jasa TGNA tetap akan dikenang! We love Tuan Guru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah :))) I lov Tok Guru too ;))

      Delete
  8. tahniah kelantan. korang untung ulama jadi pemimpin.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
  9. moga kelantan terus maju di bawah MB baru

    ReplyDelete