e

Tuesday, May 21, 2013

Upah Jahit Baju Melayu Makin Naik



Assalamualaikum & Selamat Pagi. Saat ini, tentu ramai yang dah siap menghantar kain pasang kepada tukang jahit pilihan masing-masing untuk dibuat baju raya kan. Budaya kita sememangnya begitu, awal-awal lagi dah tempah baju raya kerana takut tempahan ditolak di saat saat akhir (dalam masa 2 bulan sebelum raya pun dah ramai yang tolak.. Setuju?) 

Cuma apa yang Zam perasan, harga upah menjahit ni makin naik.. Baru-baru ini, sewaktu ke sebuah kedai tukang jahit (di Kuching), harga yang diberitahu untuk menjahit sepasang baju melayu dengan seluar adalah RM100. Itu baru kedai biasa, kalau butik dekat RM140.. Huuu...

Kalau tengok dalam gambar diatas, itu adalah baju-baju yang Zam tempah dari tahun 2010 sehingga 2012. Baju warna ungu, Zam tempah di Serdang tahun 2010 dengan bayaran RM80. Baju warna emas, Zam tempah di Kuching pada 2011 dengan harga RM85, tapi setahun lepas tu (2012), bila Zam ke kedai yang sama di Kuching untuk menempah baju warna hijau, harga yang dikenakan dah mencecah RM95. Tahun ini, kedai tu tetapkan harga upah sebanyak RM100 pula. Adoi.. 

Kalau macam inilah, di masa akan datang harga upah ini akan terus naik dan naik lagi.. Ada sesiapa yang dapat bendung? Huhu 

11 comments:

  1. sbb tu ramai yg beli siap je, kalau tempah ni, nak kena pk kos kain dan upah. kalau husb sue, mmg beli siap je

    ReplyDelete
  2. semangat nak raya ni zam . ahah . apa2pun . kalau dah mahal better beli pasang siap . tapi tu la. pasang siap ni kebanyakan nya tak ikut saiz tubuh badan kita.

    ReplyDelete
  3. memang upah menjahit dah naik sekarang...nak nak lagi baju melayu... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. cantik baju melayu zam. banyak warna polos

    ReplyDelete
  5. tiap2 tahun tempah baju raya akan naik.. kekdg rasa tak bebaloi jer tmpah memahal, pakai nye skali .. pape pun terpulang pada kemampuan masing2 hehehe

    ReplyDelete
  6. beli siap, sonang...kekekeke...

    dis year baru berpeluang nak boli baju melayu utk suami...cari kek Omar Ali jo...

    ReplyDelete
  7. kalau beli yg siap dgn harga macam tu kan boleh dapat yg berkualiti juga :)

    ReplyDelete
  8. Beli Sip Pun Mahal Skrg..Baju Lelaki Memang Mahal..Huhu

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html

    ReplyDelete
  9. memang cam tu pun dik...kat mana2 pun tiap2 tahun naik harga....cik akak suka tengok baju purple tu...hahaha...faham2 je lah...:)

    ReplyDelete
  10. kalau macam nie, kena pakat-pakat belajar jahit baju sendiri lah..hehee

    ReplyDelete
  11. Kedai jahit kat kuching tu kat mana. Nk belajar jahit tp tak tau kt mana kt area kuching. Lg jimat. Boleh jahit baju dan langsir utk family.

    http://andamanmidzcouture.blogspot.com

    ReplyDelete