e

Wednesday, June 19, 2013

Adik DAYANG DENO Dalam Majalah REMAJA Keluaran JUN



Assalamualaikum & Selamat Petang. Sewaktu mula-mula mengenali blogger yang bernama DAYANG DENO ini tahun lepas, Zam sangkakan dia adalah seorang 'KAKAK'. Mungkin kerana pada waktu itu, Zam belum pernah melihat wajah sebenar blogger tersebut. Seingat Zam juga, pernah Zam membahasakan Dayang sebagai kakak di ruangan komen entri blognya. Tidak lama kemudian, baru Zam sedar yang sebenarnya Dayang bukanlah KAKAK tapi ADIK.. Hehe.. Sorry ek.. Apapun Adik Dayang ni rajin blogwalking, & dari situlah Zam mula-mula mengenalinya.




Baru-baru ini, Adik Dayang muncul di dalam majalah REMAJA keluaran JUN, & Zam tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya dari MPH Alamanda. Topik yang diutarakan adalah pengalaman Adik Dayang sepanjang menempuhi cabaran sebagai seorang penghidap SLE atau LUPUS. Bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi, apabila sejak kecil lagi Adik Dayang terpaksa menempuhi kesakitan & cabaran yang berat, sehinggalah kini. Namun disebalik dugaan tersebut, keluarga Adik Dayang lah yang menjadi tunjang kekuatan dan pemberi semangat untuknya dalam meneruskan perjuangan melawan SLE.


Buat Adik Dayang Deno, Zam doakan semoga segala urusan Adik akan sentiasa dipermudahkan, dan semoga Adik terus dikurniakan kekuatan & ketabahan dalam menempuhi cabaran ini ya. Tak lupa juga, diberikan kesihatan yang baik untuk bersama-sama menjalani kehidupan yang bermakna bersama keluarga & rakan-rakan. Insya Allah, rakan-rakan blogger juga ramai yang support Adik dari jauh, biarpun tak pernah bersua muka :))

12 comments:

  1. assalamualaikum zamani...bestnya ramai blogger masuk dalam majalah skg ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Kak Mas Zull.. Haah.. Serius banyak... Peluang terbuka dgn baik utk blogger skrg ni

      Delete
  2. Rasanya ramai kenal dgn adik kita yg seorang ni ;)

    ReplyDelete
  3. jarang berkunjung ke blog dia...lepas ni kena selalu ke sana...mgkn sebab skrg dia dah jarang update kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa ada masa terluang boleh ziarah sesama rkn blogger di blog :)

      Delete
  4. Blogger sekarang popular dah kan. Giliran Zam pula lepas ni.hehe :)

    ReplyDelete
  5. 'market' utk blogger..:) adik yang kuat semangat..teringin nak jumpe live.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bnyk mjlh yg promokan blogger skrg..

      kalau dpt jumpa waktu gathering, rs lbh best kn

      Delete
  6. jom la kita set date buat gathering :)

    ReplyDelete