Assalamualaikum & selamat malam :) Pembaca semua dah makan malam belum? Zam sebenarnya dapat idea untk menulis entri ini bila terfikirkan masa yang sesuai untuk Zam makan malam, kerana jika makan terlalu lewat, itu adalah sesuatu yang tidak sesuai dipraktikkan. Jadi Zam mencari maklumat yang boleh dikongsikan bersama, dan terjumpa info berguna ini di PERLING PUTIH.
Makan malam
Makan malam sekitar 6 petang atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil makanan ringan ketika minum petang. Makan malam yang seimbang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang baik. Contohnya seperti roti gandum, kekacang, pasta, daging atau ayam tanpa kulit, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Snek lewat malam
Snek lewat malam boleh dinikmati sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur. Pilih makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien. Contohnya seperti buah-buahan segar, sayur sayuran dan yogurt rendah lemak. Elakkan daripada minum kopi atau minuman tenaga. Seeloknya minum segelas susu, air putih atau jus organik untuk tidur lebih lena.
Panduan ini sesuai untuk individu yang mempunyai berat badan yang normal. Faktor umur, tinggi, berat, pekerjaan dan gaya hidup akan menentukan tabiat makan yang berbeza, begitu juga untuk individu yang menghidap penyakit.:)
Kebetulan pula, malam ni memang Zam masak pasta Vegeroni (gambar diatas) dengan sosej yang digrill dengan sedikit lada hitam, serbuk lada hitam & serbuk lada putih.. Kira menu sihatlah kan sebab tak bergoreng.. ;)
nice..dinner memang should be around 6 pm, yang tu masa terbaik..
ReplyDeletesy tak boleh mkn awal2 nnti lewat mlm lapar balik. hahaha
ReplyDeleteoh patutlah akk selalu kena gastrik sbb selalu makan lewat huhu
ReplyDeletekadang2x melantak je makan apa2x waktu malam...hahaha
ReplyDeletekalau nk kkn berat kena la makan awal sikit..tp kdg² lapar tgh mlm belasah je makan..tskkk rosak diet cmtu..kihkih:P
ReplyDeletenampak sedap jer pasta tu.....makan malam sekitar time kita buka puasa tu yg sesuai....
ReplyDelete