Assalamualaikum & selamat malam. Terkejut bila terbaca status blogger Hasrul Hassan di FB mengenai jambatan kedua yang runtuh di Pulau Pinang petang tadi selepas pulang dari makan malam di Bangi. Zam terus mencari maklumat yang terperinci di FB, dan Zam menemui gambar-gambar di bawah dari blog ini.
Petikan berita berkaitan dari akhbar online:
PULAU PINANG 6 Jun - Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau
Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira
pukul 7.15 petang tadi. Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran
Batu Maung itu dikuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang
melalui jalan berkenaan. Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat. Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan.
Semoga mereka yang terlibat dalam insiden ini terselamat.. Sama-sama kita doakan ya..
malang tidak berbau...harap tidak dipolitikkan.
ReplyDeletesetuju..
Deleteado kemalangan jiwo ko?...
ReplyDeletebaco dokek utusan tadi, ada seorang pemandu kelisa terperangkap, tapi tak ada diberitahu status keadaan mangsa
Deleteharap semua selamat
jambatan runtuh lg - menakutkan
ReplyDeleteseram weh.. huhu
Deletesure ada yg terperangkap...sepatutnya kenderaan tidak dibenarkan melalui kawasan ini....
ReplyDeletesepatutnya dijadikan iktibar di masa kan dtg.. huhu
Delete