e

Thursday, June 13, 2013

Inikah Model Kereta Terbaru PROTON?




Assalamualaikum & selamat petang. Gambar diatas ini sebenarnya Zam ambil dari akaun Facebook seorang rakan, & caption yang dituliskan untuk gambar ini adalah 'Preve' (mungkin nama sementara yang sengaja diletakkan kerana tiada maklumat sahih tentang perkara ini lagi). Dari rupanya, ia bagaikan gabungan Preve & Satria Neo, kan?

Tidak dinyatakan dimana gambar pandu uji ini diambil, namun ia mungkin saja akan membuatkan orang ramai ternanti-nantikan kemunculan rasminya di masa akan datang;)

PS: Teringat sewaktu ternampak model Saga baru berwarna hijau yang sedang dipandu uji di Shah Alam beberapa tahun dulu, & sewaktu orang ramai mengatakan model sedan Gen-2 bakal dikeluarkan & akhirnya dinamakan dengan Pesona..

12 comments: