e

Monday, June 3, 2013

MasterChef Selebriti 2 Episod 27: Pasukan Biru Atau Merah Yang Akan Menang?



Melalui pusingan Cabaran Sajian Luar hari ini, peserta Masterchef Selebriti 2 berhadapan dengan tema masakan Western dan perlu menghidangkannya kepada 25 orang tetamu dan juga para juri. Apa yang berbeza dari episod cabaran sajian luar sebelum ini ialah, para peserta dikehendaki meniru masakan yang telah disediakan di awal rancangan dengan bahan-bahan yang telah disediakan di dapur.

Pasukan Biru kali ini diketuai oleh Syura, selain ahlinya Celina, Cat Farish dan Cik Ta manakala Pasukan Merah diketuai oleh Syanie dan dianggotai oleh Enot, Michael Ang & Kenchana Devi.

Timbul isu mengenai ketua pasukan dalam episod kali ini, apabila ramai peminat & penonton yang mengatakan ketua Pasukan Biru kali ini seharusnya lebih berkeyakinan apabila mengendalikan ahli kumpulan. Apapun keputusan hanya akan diketahui esok, dan berikut adalah menu yang disiapkan & dihidangkan oleh kedua-dua pasukan.




PS: Kalau diberi peluang antara masakan western & tradisional, Zam pilih western kot.. Western ni senang nak tiru dari masakan tradisional yang menggunakan banyak rempah.. Hehe pendapat Zam ar ;)

4 comments:

  1. hmmm... sukar untuk dipastikan... terlalu hebat persaingan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya diketahui juga~ mmg sengit

      Delete
  2. memang persaingan yang hebat. PCB rasa pasukan biru menang

    ReplyDelete