e

Monday, June 10, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 31: Pasukan Biru Yakin Dapat Menewaskan Pasukan Merah?



Assalamualaikum & selamat malam para peminat Masterchef Selebriti Musim Ke 2 :) Kini, tinggal hanya 6 peserta yang bersaing di dapur Masterchef, dan di dalam Cabaran Sajian Luar hari ini mereka telah ditugaskan menyediakan steak untuk para tetamu di Laman Grill milik Chef Zubir mengikut kumpulan yang telah ditetapkan, iaitu Pasukan Merah yang dianggotai oleh Celina, Syanie & Syura manakala Pasukan Biru dianggotai oleh Cik Ta, Kenchana Dewi dan Michael Ang.

Tugasan episod kali ini memperlihatkan sisi kontra & pro yang  jelas kelihatan pada kedua-dua pasukan, dimana hidangan Pasukan Biru lebih disukai oleh tetamu, tetapi dari segi pengurusan, penonton dapat menilai  kecekapan Pasukan Merah.

Tentu ada yang ingat, Cik Ta mengeluarkan kata-kata "Pasukan Biru menang lagi lah kali ini" setelah merasa steak yang diperap. Adakah pasukan yang diketuai Cik Ta betul-betul berkeyakinan dapat menewaskan Pasukan Merah kali ini? Bagaimana pula dengan kesilapan yang dilakukan oleh mereka sewaktu mengendalikan permintaan menu dari tetamu?

Apapun, sama-sama kita nantikan keputusannya esok di episod 32.. Zam secara jujurnya menyukai Pasukan Merah, tapi dari segi masakan, Pasukan Biru berjaya membuatkan Zam terasa lapar.. Hehe

2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu keputusannya malam esok. Harap kumpulan Merah yang menang, sebab ada Syura & Celina. Hehehe! :D

    ReplyDelete
  2. hari ni x sempat tengok...sebab kakak lewat sampai rumah...

    ReplyDelete