e

Monday, June 3, 2013

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 26: Lydiawati Tersingkir



Assalamualaikum & selamat pagi :) Episod 26 Dalam Cabaran Penyingkiran MasterChef Selebriti semalam menyaksikan tema telur menjadi pertaruhan nasib 4 peserta iaitu Cat, Enot, Syanie & Lydiawati. Tampak mudah, namun apa yang perlu dilakukan oleh mereka sebenarnya tidak boleh dipandang ringan kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan mereka menempah peluang untuk disingkirkan. 

Akhirnya setelah masing-masing mencuba yang terbaik untuk terselamat dalam cabaran ini, nasib tidak menyebelahi Lydiawati apabila tersingkir di episod 26, walaupun ada di kalangan penonton yang menyangkakan bahawa Enot yang akan disingkirkan kerana komen yang diberikan lebih tampak berat ke arah Enot. Bagaimanapun, keputusan telah dibuat & Lydiawati tetap berjaya menyumbangkan sebanyak RM6500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya setelah sekian lama bertahan & berjuang di dapur MasterChef Selebriti.


6 comments:

  1. akhirnya perjalanan Lydiawati terhenti di sini... setelah kerap masuk pusingan penyingkiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak bergantung pd nasib juga sbnrnya ni

      Delete
  2. lo ingatkan enot yang keluar...mcm kes sharifah shahora dgn micheal jugalah..tup2 SS yang keluar

    ReplyDelete
  3. Lydiawati terkeluar? Baru tau. Tak tengok sebab layan The Voice.

    ReplyDelete