e

Sunday, July 14, 2013

Alhamdulillah.. Berbaloi Pulang Ke Serdang Sempena Ramadhan



Alhamdulillah.. Semalam, ramai yang berkumpul di rumah keluarga Zam untuk berbuka puasa bersama. 3 family, dekat 20 orang- dan masing-masing membawa menu berbuka yang best best. Suasana macam ini lah sebenarnya yang Zam nak rasakan, dan rasa berbaloi sangat bila Zam buat keputusan untuk balik ke Semenanjung dari Kuching Jumaat lepas. Kebetulan juga, menu yang dihidangkan banyak bertemakan ikan, yang sememangnya menjadi kesukaan Zam selama ini~ Gulai Lemak Ikan Keli, Ikan Keli Bakar, Asam Pedas Ikan Bawal, Gulai Lemak Ikan Patin, dan macam-macam lagi. Dan hari ini, hari last sebab malam nanti Zam akan berangkat pulang ke Kuching :)

Peluang macam ni, memang patut dihargai kan ;)

16 comments: