e

Friday, July 5, 2013

Dari MasterChef Selebriti 2 Ke MasterChef Autralia S4



Assalamualaikum & selamat malam. Kebetulan, sejak berakhirnya MasterChef Selebriti Musim 2 dua minggu lalu, Zam tertonton pula rancangan MasterChef Autralia S4 (musim keempat) di Astro 709. Zam katakan 'kebetulan' kerana setelah tamatnya rancangan MCSM 2, Zam menambah 2 pakej mini ke dalam pakej Astro sedia ada tanpa menyedari wujudnya rancangan MCA S4 di dalam pakej yang baru dibeli itu.

Walaupun rancangan ini telah disiarkan di Australia pada tahun lepas (2012), Zam rasa tidak rugi untuk menontonnya kerana kemeriahan & keseronokan yang ditampilkan dalam setiap cabaran tidak kalah kepada rancangan MCSM 2. Tambahan pula, apa yang menarik perhatian Zam adalah kemunculan salah seorang peserta tunggal Muslim, Amina El Shafei di dalam rancangan tersebut. Mungkin sesuatu yang sangat jarang untuk dilihat dalam rancangan realiti terbitan luar negara.

PS: Zam sebenarnya ketagihan mennton rancangan seperti ini. Tak tahulah kenapa, mungkin kerana penangan rancangan MCSM 2 baru-baru ini. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi menentang Syanie di dapur MasterChef.. Tak boleh blah ar.. Hehe

8 comments:

  1. wah. baguslah ada orang Islam join program ni kat Australia

    ReplyDelete
  2. yeay.. kite pon follow yg Australia nie.. Fillippo the best!

    ReplyDelete
  3. Tak perasan peserta ni sebab tak pernah tengok MasterChef Autralia S4..

    ReplyDelete