e

Monday, July 15, 2013

Dedikasi Buat Blog SKY BLUE'S KITCHEN | PUAN DIANA @ MELLEY MEY

Assalamualaikum & selamat petang. Kini, genap 2 bulan sudah blog masakan & fotografi SKY BLUE'S KITCHEN yang dikendalikan oleh PUAN DIANA @ MELLEY MEY diberhentikan atas sebab tertentu. Tentunya ia satu kehilangan yang dirasai buat mereka yang mengenali & sentiasa bertandang ke blog beliau sebelum ini. Walaupun terasa sayang, tentu Puan Diana ada alasannya yang tersendiri dengan keputusan yang telah diambil.




Zam mula mengenali blog SKY BLUE'S KITCHEN sewaktu Puan Diana menjadi rakan follower ke 626 di blog Zam. Kebetulan, angka tersebut adalah angka kegemaran Zam, jadi Zam hasilkan entri untuk menghargai beliau & rakan-rakan blogger yang lain di sini

Sejak itu juga, Zam perasan jumlah trafik bulanan blog Zamani 84 banyak disumbangkan oleh blog beliau, & setelah disiasat rupanya Puan Diana telah memasukkan blog Zam ke bloglist beliau. Terima kasih! Satu penghargaan buat Zam kerana blog beliau sentiasa mendapat kunjungan yang ramai & secara tidak langsung telah menyumbangkan backlinks kepada Zam ;)

Di sepanjang penglibatan dalam dunia blog, Puan Diana banyak menghasilkan fotografi & resepi makanan yang menarik dan 'cun'. Sebagai tanda sokongan & minat terhadap hasil masakan & fotografi beliau, Zam pernah membeli majalah Foto Grafika edisi bulan Jun-Julai 2012 yang memuatkan artikel berkenan fotografi beliau:




Kepada Puan Diana, semoga terus sukses dalam dunia masakan & fotografi, biarpun telah berhenti dari dunia blog. Apapun yang pasti, tentu ramai di kalangan peminat blog SKY BLUE'S KITCHEN  yang menantikan & mengharapkan kemunculan semula beliau jika berpeluang suatu hari nanti! ;)

16 comments:

  1. semoga puan punya blog boleh kembali berblog selepas ini jika ada kesempatan dan masa yang terluang...

    ReplyDelete
  2. saya baru tahu pasal blog ni..banyak juga ye resepi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum zam...
    Moga sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T... Serta dimurahkan rezeki.. Amin.

    Ya Allah.. Terharunya akak kerana zam sudi buat entri nie buat akak n SBK...
    Terima kasih di atas ingatan ini kat akak n blog akak... Memang akak sesgt syg sgt kat blog akak n semua org.. Tapi apa kan daya... Sudah ditakdirkan akak terpaksa berhenti dr dunia blog.. Namun anda semua sentiasa dekat di hati akak smpi akhir hayat akak... :)
    Kenangan dunia blog selama ini masih segar dlm ingatan akak... Tak akan terpadam buat selamanya...

    Akak doakan moga zam terus berjaya dlm dunia blog ni ya... Salam sayang dari akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak... Sama-sama Kak.. Tak apalah kalau macam tu.. Apapun harapan Zam, semoga kak terus sukses dalam bidang masakan dan fotografi, biarpun tanpa medium blog :))

      Insya Allah..

      Apapun thanks utk doa & ucapan Kak tu :)) Aminn..!!

      Delete
  4. sayangnya dah tinggalkan blog tu...tapi mungkin puan diana ada sebab untuk tidak berblog lagi...

    ReplyDelete
  5. angah...check this out
    http://adiezaff.blogspot.com/2013/07/colek-perut-pelepong.html

    ReplyDelete
  6. alamak ...sayangnya tinggalkan dunia blog tentu ada sebab tertentu, kenapa dan mengapa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. Mesti Kak Diana ada sebabnya yg tersendiri

      Delete
  7. First time Along terjah blog dia.. ;)

    ReplyDelete