Assalamualaikum & selamat malam. Lama dah rasanya Zam tak menonton slot cerekarama, dan dari blogger Eraz Fadli, Zam dapat tahu tentang drama yang bertajuk Qirana. Kebetulan selepas itu, seorang rakan guru OKU Zam turut memuat naik status & komen tentang sinopsis drama Qirana:
"cerita Qarina di tv3 dari jam 10-12 malam tadi betul2 menyentuh hati dan menjentik minda saya. Iya... Cerita tersebut terlalu simple plotnya, namun cukup menginsafkan. Betapa ibu bapa sebenarnya perlu berfikir sebaik2nya untuk membuat sesuatu keputusan terhadap anak2nya.. Akhir sekali, Allah Bayar Cash. Tahniah pengarahnya dan kru yang terlibat. Terima kasih."
Dari status diatas, tiba tiba Zam rasa nak menontonnya. Sayang pula bila terlepas. Mungkin kena tengok di Tonton lah lepas ni
PS: Pernah terfikir bagaimana seorang buta menonton TV atau wayang?
dneo pun tak sempat tengok cerita ni...
ReplyDeleteklau kat tonton, rs malas lah pula nak cari.. hehe
ReplyDelete