e

Wednesday, July 24, 2013

Terkenang Seorang Rakan Disana

Alhamdulillah, Zam baru sahaja selesai berbuka puasa sebentar tadi. Di Kuching, waktu berbukanya 6.54 hari ini.

Tiba tiba, teringat pada seorang rakan di Semenanjung. Entah dia berbuka dengan elok atau tidak. Sebab kenapa Zam tiba tiba terfikir macam tu, kerana mungkin dia sedang berdebar debar menantikan orang baru yang bakal muncul dalam hidup dia dan pasangannya bila bila masa saja. Mungkin juga, dia agak risau kerana ini kali pertama menempuh pengalaman ini..

Zam doakan, semoga urusan mereka dipermudahkan. Dan segalanya akan baik baik sahaja.. Aminnn


7 comments: