e

Friday, August 23, 2013

Antipasto, Caponata, Paci!

Antipasti, Caponata, Paci! ~ Sekali baca dan dengar, macam jampi Harry Potter pun ada. Tapi apa yang Zam tulis ini sebenarnya adalah tiga jenis hidangan masakan Itali. Tiba-tiba dapat idea nak tulis entri ni bila susunan ketiga-tiga menu tu membentuk satu ayat yang menarik lepas menonton Masterchef Australia tadi.

Ada yang mengatakan, Itali banyak menghasilkan makanan tersedap di dunia.. Zam tak 100% pasti, apapun Zam memang suka menyediakan pasta di rumah memandangkan ia menu yag ringkas, mudah dan kena dengan selera Zam.

Tentang ketiga-tiga menu yang disebutkan, Zam akan terangkan secara ringkas. Antipasto adalah hidangan pembuka selera, yang terdiri dari daging, buah zaitun, cendawan, ikan bilis, pelbagai jenis keju, daging dan sayuran yang dijeruk dengan cuka dan minyak. Caponata pula menggunakan bahan utama iaitu terung yang digoreng dan dimasak bersama kuah tomato. Dan yang terakhir, paci, adalah sejenis pasta seperti spagheti namun ia lebih tebal dan kenyal.

Ada masa, teringin nak buat caponata tu.. Lebih kurang sambal terung dah Zam tengok.. My favourite! ;D


10 comments: