e

Thursday, August 29, 2013

Bestnya Buli Junior

Susulan entri sebelum ini, Buka Booth Depan Sushi King. Bestnya Buli Junior- kisah ini sebenarnya mengenai seorang guru baru yang ditempatkan di tempat kerja Zam. Baru-baru ini, kami ditugaskan membuka booth sempena Hari Bertemu Pelanggan KPM yang diadakan di The Spring. Staf yang terlibat cuma kami berdua, jadi setiap kali Zam tinggalkan dia sebentar untuk buat urusan lain, booth akan didatangi pengunjung. Nak tak nak terpaksalah dia menerangkan dan menjawab soalan pengunjung biarpun masih baru bertugas di sekolah. 

Bila Zam pulang ke booth, Zam tak akan mencelah, sebaliknya membiarkan dia meneruskan tugasnya memberi penerangan. Sengaja nak kacau, Zam akan buat-buat jadi pengunjung dan ajukan soalan kepadanya di depan pengunjung lain. Waktu tu, memang dia pecah berderai dengan ketawa.. Tak tahan tengok Zam mengacau.. Kemudian dia akan refer pertanyaan pengunjung kepada Zam & bocorkan rahsia Zam sebenarnya seorang guru juga.. Isk2.. Baru nak uji dia.. Tak sporting la.. Haha ;D




4 comments: