e

Sunday, August 11, 2013

Blogger Jejaka Jambu: Krisis Identiti Antara Jambu Dan....?

Pss.. nak powerbank percuma?
Jom baca entri di bawah ini!


Namanya JEJAKA JAMBU, tapi tema blognya banyak dipengaruhi unsur unsur sitrus seperti yang terdapat pada HEADER, NAMA Blog, LOGO & WATERMARK. Kenapa tidak gunakan saja buah JAMBU? Barulah cun dengan nama pemiliknya, kan? Hehe

Apapun, buat NAN-LIME a.k.a JEJAKA JAMBU, ini hanya mukadimah dan salam perkenalan dari Zam buat anda. Jangan ambil hati ya. Buat pembaca semua, blogger NAN-LIME merupakan seorang blogger baru TAPI bila melihatkan sahaja template & design blognya, mungkin anda menyangkakan dia salah seorang blogger otai. Header blognya cun, dan warna hijau yang digunakan berlatarkan hitam menangkap tangapan pertama kita terhadap blognya. Bila diteliti, rupanya Nan-Lime mempunyai persamaan minat dengan Zam, terutamanya sukakan benda-benda yang kreatif! Contohnya macam entri ini dimana beliau menghasilkan sendiri pelbagai artwork untuk kedai makan abangnya~ Cun habis! Tak hairanlah blognya kemas, dan Zam sukakan pendekatan INFOGRAFIK yang digunakan olehnya untuk menyampaikan maklumat~ CATCHY!

(iklan: siapa-siapa nak tempah artwork untuk syarikat atau perniagaan, boleh cari dia ni.. memang berbakat!)

Nan-Lime seorang JEJAKA MISTERI, kerana tiada pendedahan gambar beliau dan nama sebenar beliau di blog, tapi mungkin anda boleh membayangkan dia seorang yang 'jambu' kerana menggunakan nama itu.. hehe.. Dan penggunaan LIME a.k.a LIMAU mungkin kerana keunikan dan branding (penjenamaan) yang dibawakan oleh buah itu sendiri. Rata-rata masyarakat di dunia biasa menggunakan sitrus dalam masakan, minuman, pewangi, dan perubatan, jadi ianya suatu yang sinonim dan 'terasa dekat' pada pengunjung blog, kan?

Terlanjur Zam bercerita panjang, Zam nak ajak pembaca blog Zamani Abe untuk memberikan sokongan terhadap blogger baru ini, selain berpeluang MEMENANGI HADIAH SEPERTI 3 POWERBANK dari beliau. Rasanya, powerbank ni dah jadi semacam keperluan pula. Jadi dari bersusah payah mengeuarkan duit sendiri, apa kata kita mencuba nasib dengan menyertai SEGMEN INI. Tak rugi pun mencuba ;)

Nak tengok rupa hadiahnya? Zam sediakan di bawah, dan ia terbahagi kepada 3 KATEGORI, iaitu:







Rasa nak dapatkan powerbank tersebut? Jadi jom sertai segmen ini. Cepat cepat ya, sebab esok tarikh tamat tempoh segmen ini~ rugi kalau anda tak mencuba nasib!

PS: Kepada blogger Nan-Lime, Zam harapkan yang terbaik buat anda. Zam nak tengok lagi perkembangan blog ini, sebab minat kita sama dan Zam nak tengok apa lagi info menarik yang akan anda kongsikan di blog dengan cara yang lebih catchy.. Yang paling penting, sesuatu yang kreatif, unik dan cool!

Artikel ini ditaja oleh : Contest Blogger Jejaka Jambu

8 comments:

  1. 1st time sampai blog limau tu pun, dah agak dia mmg org jenis kreatif...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. thanks Anith :) powerbank tu gadget untuk simpan kuasa eletrik yg boleh digunakan untuk mengecas gadjet elektronik lain :) kalau untuk traveller, mmg sesuai sngat :)

      Delete