e

Sunday, August 4, 2013

Kebakaran Rumah Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty


Assalamualaikum & selamat pagi. Zam mulanya membaca berita tentang kebakaran rumah pengasas produk kecantikan Vida Beauty ini di blog Ben Ashaari. Dan sebentar tadi, Zam terjumpa gambar selebihnya di sini. Menurut sumber yang tidak rasmi, ia berpunca dari mercun yang dimainkan oleh kanak-kanak.


IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

"Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.

Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian."


Takziah kepada keluarga mangsa.. Betapa besarnya dugaan ini lebih lebih lagi di waktu terakhir Ramadhan & menjelang Aidilfitri buat mereka. Semoga mereka diberikan kekuatan untuk tabah menghadapi berita ini.. Al Fatihah


Carian Vida Beauty di Google:

8 comments:

  1. Taziah kepada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah kepada yang terkorban..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah..Takziah kepada keluarga beliau

    ReplyDelete
  4. takziah
    al Fatihah
    Allah tu la orang kata jangan main marcun

    ReplyDelete
  5. Thanks atas komen dan ucapan takziah yang diberikan disini.. Semoga keluarga ini diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.. AMinn

    ReplyDelete