e

Saturday, August 3, 2013

Menentukan Waktu Berbuka Puasa Dalam Penerbangan



Assalamualaikum & Selamat Petang. Baru berkesempatan menulis entri untuk hari ini setelah kesibukan sejak semalam kerana pulang dari Kuching ke KL. Penerbangan yang dijadualkan berlepas pada pukul 5.45, terpaksa ditunda sehingga 6.30. Sah sah, berbuka dalam kapal terbang sebab penerbangan mengambil masa 1 jam 25 minit. 

Dalam tempoh 8 tahun berulang alik, ini kali pertama Zam berbuka di dalam kabin MAS. Mulanya risau juga macam manalah nak tentukan waktu berbuka, tapi Zam pernah diberitahu oleh seorang rakan sebelum ini juruterbang akan memaklumkan waktu berbuka mengikut waktu tempatan ketika kapal terbang melintasi kawasan itu. Alhamdulillah, makanan dihidangkan seperti biasa dan dan seperti yang diberitahu oleh rakan Zam, kami hanya perlu menunggu pengunguman selanjutnya dari juruterbang ;)

PS: Terbayang lagi kesedapan menu semalam.. :)

18 comments:

  1. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/07/too-many-random-stories.html , comment anda amat dihargai.

    ReplyDelete
  2. Wah, jarang orang dapat pengalaman ni! studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bestnya...bukan selalu dapat berbuka dlm flight...kira pengalaman dlm hidup la..hihi :)

    ReplyDelete
  4. sedap tak zam nampak macam sedap je... apa apa selamat hari raya zam

    ReplyDelete
  5. biasanya yes, juruterbang akan memberitahu waktu berbuka mengikut kawasan

    ReplyDelete
  6. tentu ada satu kelainan berbuka dalam flight.....

    ReplyDelete
  7. tapi what about kalo ikut airplane i west countries yg rat2nya non muslim huhu... ada ke mrk buat pengumuman?

    ReplyDelete