e

Saturday, August 31, 2013

Sarapan Pagi Dengan French Toast Berinti Pes Kacang Panggang



Waktu hendak ke pasar awal pagi tadi mencari bahan masakan untuk tetamu esok, Zam teringat yang Zam belum menjamah apa-apa lagi. Sampai di pasar, ternampak kacang panggang dalam tin, jadi teringin nak buat roti bakar untuk dimakan bersama. Pulang ke rumah, teringat pula french toast, maka resepi asal roti bakar ditukar kepada french toast. Cuma yang diubah, Zam kisar kacang panggang untuk dijadikan pes dan inti di dalam roti. (Mulanya ingat nak makan french toast cicah kacang panggang tu, tup-tup dapat idea nak buat pes untuk inti.. hehe)

Hasilnya, seperti diatas.. Makan 2 potong pun dah kenyang sebenarnya, sebab kacang panggang tu terasa kembang setelah dimakan. Resepi french toast ni pun mudah sebenarnya, boleh cari dalam youtube. Cuma untuk memastikan dua keping roti tu melekat ketika digoreng, Zam gunakan toothpick di keempat-empat penjuru roti.

Selamat mencuba ya :)

12 comments: