Assalamualaikum semua.. Baru sekarang Zam berpeluang menulis entri untuk hari ni. Sibuk dari pagi menyediakan hidangan untuk jamuan makan yang Zam adakan di rumah hari ini. Dari malam semalam lagi, Zam dah berkerja di dapur membuat apa yang dah dirancang. Sambil-sambil tu, mengemas rumah. Memang sibuk, bermula dengan yang mudah iaitu mengisi biskut raya ke dalam container (baru nak buat! hehe), menggoreng keropok, dan sambung dengan membuat dadih nenas dan kiwi. Dalam masa yang sama, kena masak air berulang kali untuk disimpan buat minuman keesokan harinya.
Pagi hari ini, sambung pula dengan ke pasar membeli barang-barang yang dirasakan perlu ditambah, dan pulang saja, sambung mengemas lagi sebelum tibanya masa membuat hidangan utama- spaghetti dan kuahnya. Masa yang ada pun suntuk, sebab janji dengan kawan-kawan ajak datang pukul 11 ke atas. Terkejar-kejar jugalah menyediakan juadah.. Yang tak tahan, masa potong bawang.. Seksa giler walaupun 4 ulas bawang besar.. Huhu..
Alhamdulillah, bila kawan-kawan datang luangkan masa di rumah, dan sukakan apa yang dihidangkan, rasa semua tu berbaloi biarpun penat. Sejak awal syawal lagi Zam dah berura-ura nak buat jamuan makan macam ni (Zam tak kata rumah terbuka sebab skalanya lebih kecil..), memandangkan sejak 8 tahun berada di Kuching, inilah kali pertama Zam mengajak orang datang beraya ke rumah. Maklumlah orang bujang.. Rumah dan kehidupan simple giler.. Biskut raya, Zam dapatkan di Kelantan dan Kuala Lumpur sebelum pulang ke Kuching tempoh hari..
Bila semua tetamu dah pulang tadi, Zam terus berbaring atas katil. Tak sedar boleh tertidur lepas tu.. Sekarang, baru lepas terjaga, & mula terasa lapar.. Mujur ada spaghetti lagi sedikit, buat lepas malam ni ;D
Aik? Abg Zam duk Kuching ke? Kt mana? Vee org Kuching ;D
ReplyDeletea ah, duduk kuching ;)
Deleteorang kuching rupa nyer
ReplyDeletezam keje kat sini je.. asal kelantan :)
DeleteWah, pandainya abg zam kita ni memasak ya..kagum saya.. :)
ReplyDeleteboleh lah sikit :)) alhamdulillah
Deletewalaupun nk menunggu air masak,letih jg....huhu
ReplyDeletebetul tu.. huhu
Deleteupload ler pic spaghetti....
ReplyDeleteinsya Allah :))
DeleteJemput sertai bloglist saya dalam Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com
ReplyDeleteinsya Allah dik :D
Deletewahhh... semua abe buat sendiri?? abe pandai masak... bestnya... deno tak pnadai maska pun... huhuhu :p
ReplyDeletealhamdulillah.. boleh lah sikit2 ;D
Deletewah hebat bro dapat hendle majlis walaupun bujang..heheh:)
ReplyDelete1st time nih! alhamdulillah berjaya ;D
DeleteORG MANA ZAM.. KUCHING?KLANTAN OR KL? HEHE
ReplyDeletekelantan ;D
Deleteitulah, selesai gak akhirnya :))
ReplyDelete