e

Friday, September 6, 2013

Langgar Meja Di Syawal Terakhir

(gambar sekadar hiasan)


Langgar Meja- mungkin ramai yang tidak biasa mendengar 'istilah' ini, yang merujuk kepada majlis ramah tamah / sambutan Aidilfitri di hari-hari terakhir di bulan Syawal. Yup, langgar meja bukanlah melanggar atau terlanggar meja, tapi satu istilah yang popular di kalangan masyarakat Melanau Muslim yang merayakan Aidilfitri di Sarawak. Dikatakan, pada hari majlis tersebut diadakan, penduduk setempat di kawasan kejiranan akan menyusun meja secara memanjang, dan segala juadah yang masih ada di rumah dikeluarkan dan dihidangkan untuk dinikmati bersama, beramai-ramai. Itu yang kawan Zam ceritalah.. Kalau ada info lanjut, bagitahulah ek

PS: Apapun, di Syawal terakhir hari ni, tentu ramai yang buat jamuan raya terakhir kan? Tempat kerja Zam pun tak terkecuali

16 comments:

  1. laa..ingatkan terlanggar meja..haha

    ReplyDelete
  2. Oo..ada jgk mcm tu...1st time dengar ..akak igtkan betul2 terlanggar meja..:-)

    ReplyDelete
  3. Angah....
    http://adiezaff.blogspot.com/2013/09/hari-terakhir-syawal.html

    ReplyDelete
  4. itulah kampung saya tradisi berlanggar meja yang telah diteruskan 100 tahun..

    http://adhiemenulis.blogspot.com/2013/08/tradisi-berlanggar-meja-kampung-igan.html

    ReplyDelete
  5. masa baca tajuk terkejut juga. ingatkan langgar apa tadi..

    ReplyDelete
  6. Belajar benda baru hari ni.. boleh guna ayat tu kat KElantan? ?Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acu cuba try test guna.. tgk ape reaksi

      Delete