e

Saturday, September 7, 2013

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia Akibat Barah Payudara.. Al Fatihah



Assalamualaikum dan selamat petang. Terkejut Zam apabila mendapat berita ini dari perkongsian seorang rakan di Facebook. Setelah mencari kesahihan berita ini, Zam menemuinya di Astro Awani:

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Al Fatihah buat allahyarhamah dan takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Rupanya beliau telah lama menghidap penyakit ini seperti yang dilaporkan menerusi Astro Awani pada April lalu. Bimbang kehilangan mata pencarian, beliau memutuskan untuk merahsiakan perkara itu dan sejak setahun lalu, beliau berhenti dari bidang lakonan kerana mengikuti  rawatan kimoterapi.


PS: Selama ni, Zam memang sukakan lakonan beliau di dalam semua drama yang dibintanginya. Mungkin kerana kekuatan penghayatan watak yang dibawakan olehnya, terutamanya watak antagonis sehingga Zam sendiri terkesan dan berasa geram dengan watak tersebut. Ternyata beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat besar. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. Aminn..

7 comments:

  1. Innalillaahi wainna ilaihi roojiuun.. takziah buat keluarga Allahyarhamah..

    ReplyDelete
  2. a-fatihah... deno minat arwah ni berlakon dulu dgn watak makcik biah

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete