e

Monday, September 9, 2013

Tips Menjawab Soalan Sains UPSR Bahagian A #1

Assalamualaikum & selamat pagi buat semua. Atas permintaan rakan-rakan blogger dalam entri Selesai Memberi Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR sebelum ini, Zam akan berkongsikan beberapa tips menjawab soalan Sains UPSR Bahagian A, & insya Allah, secara berperingkat. Diharapkan adik-adik yang mengambil kertas Sains pada hari Khamis ini dapat memanfaatkan perkongsian dari Zam ini ya :D




TIPS #1 KENALPASTI TOPIK YANG BERKAITAN DENGAN SOALAN

Sebelum menjawab soalan bahagian A (30 soalan), pastikan adik-adik menguasai/mengingati setiap kata kunci atau isi penting yang terkandung dalam setiap topik matapelajaran Sains, bermula dari darjah 4 hingga darjah 6. Ini persediaan paling asas dan paling utama

Sebaik sahaja mendapat kertas soalan, baca setiap soalan dengan teliti (baca/ulang 2 kali jika perlu), dan KENALPASTI TOPIK MANAKAH YANG BERKAITAN DENGAN SETIAP SOALAN TERSEBUT.

Insya Allah, apabila adik-adik telah mengenalpasti topik untuk satu-satu soalan, secara tidak langsung ingatan adik-adik tentang kata-kata kunci yang menggambarkan keseluruhan topik akan kembali menerjah- dengan syarat, adik-adik perlu menguasai dan mengingati setiap kata kunci yang Zam katakan tadi terlebih dahulu. Ini dapat membantu memberi kefahaman yang lebih jelas kepada adik-adik tentang kehendak soalan, dan seterusnya memilih jawapan yang paling tepat.

.. Bersambung :D

8 comments:

  1. Thanks for the tips Cikgu Zamani...anak akak ambil UPSR esok...aduiyaiii emak dia yang kalut dan tak tidur malam mengenangkan soalan2 yg bakal keluar. Anak dia elok baik aje mcm takde pape berlaku...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. fhm kak.. risau sgt.. ank2 rilek je..

      Delete
  2. nice tips zam and great piece of sharing...teruskan berkongsi occay?

    ReplyDelete
  3. nice tips! thank you. btw, jemput bace ;) http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/upsr-gulpppp.html

    ReplyDelete