e

Friday, September 20, 2013

Ya Allah Sedihnya Berita Ni

 

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam. 

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur. Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan. 

"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya. 

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi. 

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya. "Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri. 

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya. 

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi. "Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

24 comments:

  1. Semoga keluarga tersebut tabah hadapi dugaan Allah

    ReplyDelete
  2. makin banyak cerita sedih begini semenjak kebelakangan ini.......

    ReplyDelete
  3. Takziah untuk keluarga tersebut.
    Pasti Allah telah merancang yang terbaik untuk mereka.
    Amin

    ReplyDelete
  4. SALAM ABG ZAM. BENAR2 SEDIH.

    ReplyDelete
  5. deno pun baru tahu berita ni tadi....

    ReplyDelete
  6. Geramnya dgn pusat asuhan yg lalai ni. Jg anak org bukan mcm jg patung woi!
    Alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 spekulasi leh kuar ni.. minta2 kebenaran akan diketahui juga

      Delete
  7. Al-Fatihah.
    Semoga family ini tabah dgn dugaan ni.

    ..."Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri. "

    xtau la yg penjaga kat pusat asuhan ni jenis macamane. kita yg besar ni muntah darah pon, mcm dah risau. ni budak baru brp bulan kott.. haihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah apa yg difikirkan waktu tu.. huhu

      Delete
  8. Banyak dah kes macam ni berlaku...
    Pusat-pusat asuhan ni seharusnya dikenakan tindakan

    ReplyDelete
  9. salam takziah buat keluarga Muhamad Qhaliff Muhamad Norman..

    ReplyDelete
  10. akak terus scroll down dik... tak sanggup baca

    ReplyDelete