e

Sunday, October 6, 2013

Bila Anak Buah Buat Laporan Kemenangan Kelantan Semalam



Assalamualaikum & selamat pagi. Tentu ramai yang mempunyai ulasan sendiri mengenai perlawanan antara Johor menentang Kelantan sempena Piala Malaysia Suku Akhir 2013 semalam. Zam sebenarnya tak sempat nak menonton sebab sebaik saja permainan dimulakan, Zam dah melangkah keluar rumah untuk ke Majlis Tahlil di rumah seorang sahabat baik. 

Selesai tahlil, sambil makan dan borak-borak, sempat jugalah bertanyakan kedudukan terkini perlawanan dengan rakan-rakan. Masa tu, ada yang kata, 2-1, kemudian 3-1, dan akhir sekali sebelum balik, Zam dapatkan keputusan rasmi dari page Kota Bharu Bandaraya Islam mengeni kemenangan Kelantan 6 berbalas 1. Alhamdulillah.. Memang gembira dengan keputusan tu.. Masa awal-awal sebelum perlawanan, Zam risau juga kalau-kalau Kelantan tak dapat menebus kekalahan di Larkin minggu lepas, tapi nampaknya rezeki berpihak kepada mereka malam semalam.

Dan pagi ini, anak buah (darjah 2) di rumah bagitahu tentang kemenangan Kelantan semalam. Katanya, Kelantan menang 5-1. 2 kali dia beritahu Zam, dan laporannya memang tak berubah 5-1. Sah-sah, dia ni tertidur sebelum jaringan gol yang ke 6..

11 comments: