e

Monday, October 28, 2013

Empat Perkara Menguatkan Badan Lelaki

Assalamualaikum & selamat malam guys.. Tercari-cari bahan untuk dikongsikan malam ini, Zam teringat satu senarai pesanan dari Imam Syafie yang Zam jumpa di FB beberapa hari lepas. Rasanya elok juga dijadikan tatapan bersama, termasuklah para wanita di luar sana. Insya Allah :)


Pesanan Imam Syafie Untuk Lelaki 

Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata 
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau 
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata 
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi) 
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama

10 comments: