e

Tuesday, October 15, 2013

Hadiah Review Blog~ Zam Sukakan Gambar Ini Kerana..??


Lari sekejap dari mood Raya.. Masa mula-mula jumpa gambar ni, Zam terfikir nak buat sesuatu untuk blogger. Jadi, terhasilah idea untuk adakan entri teka-meneka ini bagi memberi penghargaan kepada mereka yang selalu menyokong Zam selama ini. Pada sesiapa yang dapat memberikan jawapan yang paling tepat mengapa Zam suka sangat gambar diatas, Zam akan hasilkan entri review blog untuknya. Dan jika dia bukan seorang blogger, Zam nak hadiahkan topup RM10 ringgit pada peserta pertama yang menjawab dengan tepat.

Jawapan boleh terdiri dari gabungan pelbagai sebab, mungkin lebih dari satu tapi ia mestilah dihimpunkan dalam satu ayat. Boleh?

Tinggalkan jawapan pada entri ini ek.. JADI, MENGAPA AGAKNYA ZAM SUKA SANGAT,SANGAT GAMBAR DI ATAS??

19 comments:

  1. kerana gaya kucing tu sesuai dengan motif gambar yang ingin disampaikan..

    ReplyDelete
  2. sebab zam suker kucing and gambar nih humour yang melibatkan kucing kan ?? ehehehe .. errr :P

    ReplyDelete
  3. Kena buat entri la ye? Ke jwb je dkat sini.

    ReplyDelete
  4. gambar ini sangat kreatif kerana aksi kucing digabungkan dengan objek lain yang berpadanan dan menampakkan ia sesuatu yang benar.

    ReplyDelete
  5. Sebab.. Zam suka kucing. Dan satu lagi props untuk kucing begambar tu kreatif.. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Zamani....cat lover, creative art fan, cameraskill and photograph lover and something usual simple to others but sweet and meaningful ;)

    ReplyDelete
  7. mungkin gambar di atas menggambarkan kisah/pengalaman zam atau hobi atau sikap zam atau zam suka sebab gambar kat atas tu lawak/nampak comel atau pun sebab zam yang edit/buat gambar tu dan kemungkinan juga kucing tu kucing kesayangan zam atau kucing orang yg zam sayang? kihkih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum abang zam. saya pun terifkir mengapa abang zam suka sangat2 gambar2 tue ?

    jawapan saya rialiti si comel yang kiut, yang ceria dengan telatahnya.

    1. memancing ikan
    2. berpayung ketika hujan
    3. aksi terjun berirama
    4. terjun diudara dengan belon

    kreatif abang zam kreatif. tersenyum saya dibuatnya...

    ReplyDelete
  9. sebab nampak comel. kucing tengah tito dengan khayalan mimpi

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Jawab kat sini ye. Hmm, mungkin sebab kucing tu sgt pandai berposing mengikut latar belakang & gambar tu. Macam dinding pun ade jgk.

    ReplyDelete
  11. hasil gabungan daripada someone special dan nampak gambar ni macam real. isn't it ? :O

    ReplyDelete
  12. Zam suka gambar ini kerana aksi comel dan manja kucing tu dimana gambar ini seperti sebuah penceritaan selain Zam sendiri adalah pencinta kucing. :)

    ReplyDelete
  13. Tuan blog ini terjatuh suka pada gambar di atas disebabkan oleh kucing di dalam gambar tersebut mengingatkan beliau kepada kucingnya sendiri yang pernah dibelanya suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  14. assalam...
    bukan zam je yang suka gambar tu..akk tengok je..terus terpikat..
    unit..kretif..bersahaja...nampak real...lain dari yang lain...sebelum ni akk ada tengok gambar macam ni tetapi objek utamanya manuasia..bukan dari hidupan hidup seperti ini...ye kucing..yang mana kita tau bukan jenis yang mudah mendengar arahan ...
    nyata memang kretif sesangat...akk suka...

    ReplyDelete
  15. Sebab gmbar ni pada asalnya merupakan seekor kucing tengah tidur.tapi orang yang tangkap gambar ni sangat kreatif sehingga nampak kucing tu tengah sibuk dengan pelbagai gaya.

    ReplyDelete
  16. mungkin zam suka kucing or gambar kat atas tu kretif ?

    ReplyDelete