Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Bercakap tentang Tahun Melawat Malaysia 2014, tentunya apa yang menarik pengunjung ke sesuatu tempat adalah penginapannya yang selesa dan pemandangan yang mengasyikkan. Namun selain itu, kemesraan penduduk setempat pastinya meninggalkan kenangan manis yang bermakna buat pelancong.
Begitulah yang dialami oleh Zam dan beberapa rakan guru yang berkunjung ke Sungai Besar di Kuala Selangor tahun lepas untuk berkursus. Asing di tempat tersebut, lebih-lebih lagi kami tiba di sana dengan menggunakan bas, agak sukar untuk mendapatkan kenderaan awam untuk menuju ke D' Muara Marine Park Sungai Haji Dorani (pada yang menggunakan kenderaan sendiri, jangan risau, anda boleh sampai dengan mudah berpandukan petunjuk yang disediakan). Mujur penduduk di sana bermurah hati menghulurkan pertolongan menghantar kami ke tempat penginapan, biarpun hanya menggunakan motorsikal. Dan terima kasih yang tak terhingga Zam ucapkan kepada 3 staf di Stesyen Shell Sungai Besar diatas kemesraan yang diberikan, terutamanya pada seorang staf yang sudi menolong menghantar Zam dengan motorsikalnya.
Tertarik Dengan Penginapan Dan Pemandangan Yang Menenangkan
Setibanya di D' Muara Marine Park Sungai Haji Dorani, Zam tertarik dengan suasana bilik penginapan yang berlatarkan pemandangan senja di tepi pantai. Cukup menenangkan dan mendamaikan di sini. Dan semestinya, panaroma tempat tersebut digunakan sepenuhnya Zam untuk sesi fotografi, termasuklah dengan menggunakan subjek seperti Danbo. Hasilnya, memang memuaskan :)
Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia
Superb view..mmg cantiklah..
ReplyDeletezam 1st time pergi terus suka :D
DeleteMy kampung.....Huuuu.rindu......
ReplyDeleteur kampung? great! mmg cntik
Deletekampung saya juga..
Deletepembetulan : Sungai Besar terletak dalam daerah Sabak Bernam dan bukan Kuala Selangor :)
Cantiknyaaa. Memang sesuai untuk bercuti tenangkan fikiran..
ReplyDeleteyup, terutamanya nak tenangkan fikiran :)
DeleteCantiknya zam snap pic yg ada cahaya matahari tu. zam gne camera dslr ke?
ReplyDeletethanks Solehah :)) a ah, Zam gunakan dslr :)
Deleteooo cntik view kat sana yer.
ReplyDeleteitu yang buat zam dalam blues.. jiwang.. hehe
Deleteseronoknya pagi-pagi dapat tengok sunrise
ReplyDeleteitulah.. semnagt je sb mod ok pagi2 :)
DeleteCantik betul gambar-gambar yang Zam ambil ni. suka sangat2
ReplyDeleteThanks ainim 4 ur compliment :)))
DeleteCantiknya abe ambil gambar...huhu..minat2...tambah2 gambar yg kotak2 tu....aaa...comey
ReplyDeletethanks adrianna :D yg kotak tu, mmg favourite zam utk djadikan subjek.. namya: Danbo :D
Deletewahh. cantiknyaa..sunrise. :)
ReplyDelete:)) antara pmndgn pling best
Deleteact sungai besar bukan dekat kuala selangor lah,dekat daerah sabak bernam.. :D
ReplyDeleteoh? haha Zam buka google cari D' Muara Marine Park Sungai Haji Dorani jumpa kuala selangor td.. tu tulis kuala selangor
Deletesitu memang tempat cantik2
ReplyDeletehehe sila datang lagi ye
insya Allah! mmg jatuh cinta dh ni
Deletedekat dgn kampung kitaorg..mmg cantik pun..:)
ReplyDeletesuperb ar ;D terbaik!
Deleteterbaik...tahniah...semoga berjaya.
ReplyDeleteaminn.. insya Allah.. Thankss ::D
Deletegiler cantik view !!!
ReplyDeleteterkenang2 suasana tu.. mmg terbaik :)
Delete