e

Thursday, November 28, 2013

Akhirnya Petua Tu Menjadi


Malam tadi sebelum tidur, Zam alami sakit tekak dan mula batuk dengan teruk. Perit tu.. Bangun di sebelah pagi hari ini, Zam ke dapur, potong sebiji limau nipis yang agak besar saiznya, perah airnya ke dalam mangkuk, dan campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sekejap, kemudian selawat tiga kali dan hembuskan ke bancuhan sebelum minum. Alhamdulillah, tak lama, sakit tekak dan batuk Zam reda, dan terasa lega di tekak. Atau lebih tepat Zam katakan, terus ok! Tak sampai setengah jam batuk tu dah hilang.

Sebenarnya ini dah kali ke 3 Zam mencuba petua ini. Kali pertama dulu, dengan campuran madu asli dan limau nipis, terus menjadi. Kali kedua bila kena batuk lagi, sebab tak ada madu asli, Zam cuba dengan madu yang dijual di pasaraya yang boleh dibeli dengan harga bawah RM10. Hasilnya, minumlah banyak mana pun campuran madu tu dengan limau, TAK MENJADI! 

Kali ke 3, alhamdulillah ada madu asli dirumah. Jadi bila terus dicuba, terus mujarab macam yang Zam ceritakan diatas. Kesimpulannya, madu di pasaraya tu tak boleh dipercayai dan bukan madu asli.. Hampeh.. & Cara yang betul- gunakan madu asli & limau nipis tu lebih baik dari terpaksa meneguk sebotol ubat batuk berbentuk sirap yang membuatkan kita mengantuk.


20 comments:

  1. nak try lah ... saya dah batuk seminggu dah nie, tak baik2 lagi...

    ReplyDelete
  2. ade org kate, campur kicap dgn madu pun berkesan hilangkan batuk. boleh la cuba lain kali.

    ReplyDelete
  3. petua yang bagus..boleh diamalkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi klu melarat juga, kna jumpa doktor

      Delete
  4. gud job , nanti boleh try . :)

    ReplyDelete
  5. madu asli, lain penangannya dengan madu campuran kat pasaraya tu.

    ReplyDelete
  6. hehee, tengok gambar je belum baca entry lg dah tau dah ni mesti nak cakap pasal ubat batuk XD

    ReplyDelete
  7. Oh yeaa... :D
    Lenkali tak payah beli ubat batuk lagi la yer.. cuma simpan madu asli jer..

    ReplyDelete
  8. ade jugak xyah gune limau just kicap pn ok daa

    ReplyDelete