e

Tuesday, November 26, 2013

Menikmati Mee Tarik Warisan Asli Di Malam Hari



Assalamualaikum & selamat malam. Sabtu lepas, Zam berpeluang mencuba Mee Tarik di restoran Mee Tarik Warisan Asli Hassan di Sungai Besi. Ada apa dengan Mee Tarik? Kenapa namanya sedemikian rupa?

Haa.. Mee Tarik ni sebenarnya mendapat nama dari kaedah penyediannya yang dihasilkan dengan teknik menarik-narik tepung yang diuli, sehingga ia menjadi rantaian mee yang panjang. Zam salah besar bila beranggapan rasanya pasti sama dengan Mee Kuning, sebab rasanya sebenarnya sangat sangat berbeza dan unik, dan itulah kali pertama Zam merasa kesedapan yang seperti itu. 

Itu baru tentang tekstur dan rasa mee. Belum lagi cara memasaknya dan menunya yang pelbagai.

Kena pula masakan Cina ni menggunakan bahan yang berlainan dari masakan kita, membuatkan Zam berpendapat kat tempat lain memang tak ada yang seumpanya.. Memang tak kan jumpa menu dan rasa yang sama di kedai mamak atau restoran Melayu. Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri :)

Tapi jangan risau, yang Zam pergi ni, memang halal kerana pemilik restoran dan pekerjanya adalah Cina Muslim dari Tanah Besar Cina. Memang satu pengalaman yang menarik bila menikmati suasana dan juadah yang ditawarkan di sana. Lepas ni sesiapa ada kelapangan, bolehlah mencubanya k ;)

10 comments:

  1. Ya Allah, tengok pun dah rasa tempted!

    Mee dia mcm spaghetti eh?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, lain.. tak sama dgn mana2 mee atau pasta yg Hanih pernah makan :) percayalah

      Delete
  2. Replies
    1. gambar atas, beef noodles with mustard- RM8
      bawah, beef noodles, RM7

      ^^

      Delete
  3. Wah, kena try nih... dia ada cawangan kat mana2 area utara semenanjung tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. yg tu zam pun kurang pasti. cer google, kot2 ada.. rezeki

      Delete
  4. akk dah pegi.dah rasa pun..memang sedap klau betul pilih menunya...
    kita boleh terleka melihat cara mereka menarik tepung tu menjadi mee @ meeteaw...
    dulu kedainya di tepi jalan berhadapan quarters polis Sg. Besi tapi la ni dah pindah ke Pekan Baru Sg. Besi..
    dekat situ pun kalau Zam perasan ada Faezah Elai punya restoran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for information kak.. Baru tahu ni.. Sebelum ni Zam tak perasan belakang tu ada pekan baru..

      Delete