e

Thursday, December 19, 2013

Keputusan Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013 19 Disember 2013



Assalamualaikum & selamat petang. Rasanya selepas musim Piala Malaysia tamat beberapa bulan yang lalu, tumpuan rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak tanah air tentunya diarahkan kepada perlawanan seperti di temasya Sukan SEA ini. Dan sebentar tadi, peminat telah menyaksikan perlawanan getir diantara Malaysia menentang musuh tradisinya Indonesia apabila ketinggalan 0-1 di minit 31, sehinggalah Thamil Arasu (Malaysia) mengikat kedudukan 1 sama di minit ke 85. 

Namun, rezeki tidak menyebelahi Malaysia apabila detik penentuan penalti berakhir dengan keputusan 4 berbalas 3. Kepada pasukan B-23 Malaysia, tahniah diucapkan kerana telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk menentang pihak lawan. Apa yang pasti, rezeki anda tidak terhenti setakat ini :)

No comments:

Post a Comment