e

Thursday, December 12, 2013

Layan MasterChef Australia Pukul 11 Malam

Sweet Middle-Eastern rolls from Samira MasterChef Australia

Assalamualaikum & selamat malam. Dah lewat malam ni, memang mengundang padah la bila layan rancangan masakan. Sebab? Tiba-tiba korang boleh rasa lapar dan teringin nak makan, sedangkan sebelum tu dah makan malam. Tapi Zam memang tak dapat nak elak, sebab slot tayangan perdana MasterChef Australia pukul 7 petang tu merupakan waktu untuk family Zam menonton rancangan lain selepas solat maghrib. Jadi Zam tangguhkannya ke siaran ulangan pada pukul 11 malam.  

Apa yang menariknya tentang rancangan ni, ia dah masuk ke minggu-minggu terakhir sebelum final. Cabarannya makin pelik dan sengit, & fokus Zam semestinya ke atas peserta kegemaran Zam, Samira El Khafiri dan Noelene Marchwiki. Hidangan kat atas tu, hasil dari Samira dan merupakan antara yang terbaik untuk episod malam ini. Popia Manis Timur Tengah menjadi taruhan, dan dipersembahkan dengan efek shisha dengan menggunakan ais kering, kacang pistachio dan bunga bungaan.. Memang kreatif giler ar..

9 comments:

  1. Nampak sedap popia tu huhu T^T adam tak tengok pulak Masterchef Aust.Selalu tengok Masterchef Malay. je hihi

    ReplyDelete
  2. Abe! deno pun minat sangat masterchef australia ni! Semestinya deno minat dengan Samira! hehe... Sekarang minggu bersama Heston kan? Chef yang suka kaji makanan di samping masak dengan cara yang awesome! Kadang2 dah macam saintis dah.. hehe... Deno kalau jadi burung hantu siapkan tempahan, pukul 4-5 pagi duk ngadap masterf=chef tu.. haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. minggu Chef Heston.. giler kreatif cabaran mgu ni.. ade eh ulangan kul 4pg.. huhu

      Delete
    2. dah lupa kul berapa tapi dalam lingkungan pukul 3-5 pagi kadang2 ada ulangan.. kadang2 deno tengok masterchef US.. hehe :p masterchef US ada chef Ramsy tapi yg tu dah tamat dah.. suka tengok yg masterchef australia sebab cabaran tu memang awesome! abe tengok tak buat kek yang bentuk bulat tu? awesome kan? ^_^

      Delete
  3. Agak-agak mana lagi best ye Zam. Malaysia atau Australia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam suka layan yg au ni.. yg mas all star, zam asyik terlepas nk tgk.. jd tak ikuti sgt.. dkt2 final nt bru lyn kot.. so! bt ms ni zam rs yg au best

      Delete
  4. lepas tengok masterchef, bila masak pon, tiba tiba macam terdengar

    'ok, anda ada 10 minit lagi'

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bayangan ke atau ada org betul yg tolong cakapkan

      Delete